ROLL TUNA BUN JADI BUJUR?...

rsz_dsc_2337
Salam pagi Isnin semua, dah sarapan?. Sekrang ni mat letak entri ikut masa mat saja, tak boleh dah konsisten macam dulu, pasal traffic?..yang tu tak kesah lah, banyak ke, sikit ke..ikut rezeki. Kali ni nak share satu resipi roti yang rasanya mat kerap buat. Dan resipi ini juga pernah tersiar dalam majalah Jelita. Mat buat masa ke datangan Kak Jee tempoh hari. Bukan nak kata, tapi kan roti ni kalau anda cuba buat, insya Allah sedap dan anak2 pun suka. Kak Ummi Kuantan pun pernah buat. Kalau ikut asal, bentuk dia bulat dan mat guna casing saiz 4 inci, tapi sebab habis, mat guna jenis bujur, ok juga, cuma bulat lagi comey, gebu dan montok...penggsannn >_<

rsz_dsc_2345
Teksture nya lembut dan rasanya sedap. Harum dengan bau daun kuchai masa roti dibakar. Hasilnya agak muai, 250 gram tepung roti + bahan2 lain akang menghasilkan 10 biji bun bersaiz agak besar. Kalau nak buat saiz kecik2 pun ok juga. Jika anda nak guna sardine pun boleh juga mencuba, tapi kenalah pandai mengubahsuai. Oleh sebab ini resipi yang sama mat buat dulu, mat kopi pes dari resipi lepas sahaja yeaa....terima kasih...

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

Post a Comment

7 Comments

  1. @ JIJI - DOH TU IALAH ADUNAN TEPUNG YANG TELAH KITA ADUN DENGAN BAHAN2 SEBELUM PROSES MEMBUAT ROTI BERLAKU.

    ReplyDelete
  2. sedap gilerzzz. unclepali dah suruh nadia buat tapiiii...entah bila.

    ReplyDelete
  3. mcm seronok je tgk mat gebu rajin buat roti... sy tingin nk buat. penah try sekali. rasa ada, tp roti jd keras dn berat. mb sebab kurang uli. ye la.. pakai tangan. Wish to buy one BM one day.. tp kena tunggu keja dulu. huhuhu.... pos la sini skit mat gebu... hehehhe

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah cuba buat roti..
    kalau ada kemahiran buat roti kan best..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.