Selamat pagi, Sedenak hujan ni, kalau sambung tidur pun bess juga. Tapi nanti jadi pemalas pulak kan. Pagi ni nak letak sarapan megi tom yam....Cehh, apa nya blog masak2 lah agaknya, menu megi, lepas tu lauk2 biasa je. Tulah sejak2 mat demam ni, mood berblog ke laut..bosan, rasa nak stop kejap berblog..huhu... Mat tulis, bukan nak lah nak luah perasaan, sebab ada segelintir blogger pernah mat baca coretan mereka, kat blog kalau kita tulis benda sedeh, benda menyayat hati, umpama entri murahan nak tarik orang baca, yelah pada pandangan mat, mereka yang suka komen longkang entri orang ni kan, ibarat tak cermin diri sendiri, rasa anda tu dah cukup hebat ke?. Kalau orang lain tegur, komen sikit wahh melenting terus, siap buat entri, tapi bila awak komen longkang kat entri blogger lain, ada tak ambil kesah perasaan mereka. Tegur secara berhemah tu lagi baik, kalau nak tegur, inbox si blogger tu atau YM lagi elok dari tulis terang2...tapi bukanlah semua yang berperangai macam tu, hanya segelintir sahaja yang anggap blog mereka "the paling bagus" lahh kononnn.....pigiiii dahhhh!!!!....Untuk anak2 yang baru nak belajar masak maggi, meh tengok resipi..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus maggi tomyam
1 biji telur
2 ulas bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
4 biji cili padi, hiris
sedikit bunga kobis, potong
Sedikit daging ayam, didadu
Hirisan daun kuchai
Sedikit hirisan serai
1 helai daun limau purut
Lada hitam kisar secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus maggi tomyam
1 biji telur
2 ulas bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
4 biji cili padi, hiris
sedikit bunga kobis, potong
Sedikit daging ayam, didadu
Hirisan daun kuchai
Sedikit hirisan serai
1 helai daun limau purut
Lada hitam kisar secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali), tumis hirisan bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai hingga harum, tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan). Masukkan perencah tomyam yang disediakan sekali dalam paket mi maggi tadi, kacau rata dan biar mendidih.
- Kecilkan api can pecahkan telur, biar hingga telur mengeras, masukkan daging ayam dan bunga kobis, masak hingga bunga kobis lembut. Masukkan daun limau purut dan mi, kacau perlahan dan biar hingga mi lembut.
- Tambah lada hitam, rasa dan jika ok boleh matkan api. Hidangankan dengan menabur hirisan daun kuchai. Hidangkan segera.....Selamat bersarapan semua!!!..
18 Comments
Nape pagi2x dah emo ni Mat.... camne pun maggi tu nampak sedap....
ReplyDeletemas selalu masak maggi gini..
ReplyDeletesedapppp kan..
baik dah sarap, klu tak terliur sudah..
ReplyDeletewalaupun ianya maggie tapi bila CMG masak ianya tetap sedap....
ReplyDeleteChe Mat demam ker? Elok makan magi kalau demam. buat pedas2. kalau tak cukup pedas, kunyah cili api. hehehe
ReplyDeletemaggi pon maggilah...sedap juga..
ReplyDeleteJom terjah sini:
1)Apabila Butang “Mute” Wujud Dalam Dunia Realiti
2)5 Manusia Paling Berat Di Dunia
3) Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak
pinggan bermotif bunga kangkung dalah vintage. Lama giler da pinggan ni. saya suka pinggan ni tapi sekarang jarang da jumpa...
ReplyDeletebtw.. meggi memang best!!! sedap!!!
Pagi-pagi yang hujan.. Tengok pula maggi ni..menceceh air liuq..hee...
ReplyDeleteBetullah.. Komenlah secara berhemah! Baru sonok berblogging.. Rakan di alam maya kan best!!.Sempoi you..~
sedap jugak mkn megi di pagi hari..
ReplyDeletenyum..nyum...
mee maggi cepat dimasak sedap dimakan.
ReplyDeletedari semalam dah teringin maggi camni..kena masak jugak ni
ReplyDeleteSELALU JUGAK MASAK MEGI CMNI..ALA2 TOMYAM GTU KAN.....
ReplyDeleteNAMO EMO EMO
tu diaaaa..... resipi maggi pun adaaaaa
ReplyDeletemacam menyelerakan pulak..saya ni jarang nak suka megi rebus yang campur macam2...suke yang kosong aje...tapi yang ni macam best aje...
ReplyDeletemaggi mmg peberet anak saya ni hehe
ReplyDeleteAssalam che mat,
ReplyDeletemaggi memang penyelamat kat rumah akak ni..kalau anak2 lapar dia orang selalu minta ni walaupun baru aje makan nasi..tapi tak bolehlah akak kasi selalu kan..heheh maklum ler..
thanks che mat for the wishes untuk hasif tu ya..appreciate soo much..
Nak megi! Nak Megi!
ReplyDeleteTelur nak 2 biji jangan kasi pecah eh? hehehehe
Steady la Bang Mat.
Memang kalau demam. Ini je la yang selera...Maggi Tomyam
ReplyDelete