BEN ASHAARI

Wednesday, October 12, 2011

KITA HANYA MERANCANG........HMMM.

rsz_dsc_3282
Salam malam semua, hari ni agak membosankan, perancangan yang diatur tapi tidak kesampaian, sebab apa?..yang tu takpayah lah mat bagi tau. Sepatutnya ini entri jam 2 petang tadi, tapi tiba2 streamyx meragam, tak boleh nak ekses, huhu bertambah2 lah hangin satu badan, nasib baik lah batuk dah nak ok. Bila menulis entri masak2, mat kadang2 ambik kira juga kesesuian masa satu2 masakan yang akan dimasukkan dalam entri, kiranya ikut waktu, tapi semua tu ikut kelapangan masa. Kalau lebih yang bersifat untuk sarapan atau minum petang mat akan letak pagi atau petang, yang lebih berat mungkin tengah hari. Dan malam ada kala mat letak entri yang agak releven hingga keesokkan harinya..Ada sorang lagi blogger masak yang mat kagumi, blog beliau di sini......

rsz_dsc_3302
Hari ni, mat masak yang amat2 biasa dan rasanya ulang banyak kali dah dalam blog, tapi itu tak jadi masalah. Blog kita jangan dibiarkan terikat atau khusus untuk masakan yang 5 bintang sahaja, biar ia jadi satu blog yang versatile, boleh diguna pakai oleh segenap lapisan masyarakat sebagai panduan. Masakan mudah, itu pada kita, tapi pada mereka2 yang baru berjinak2 di dapur, mungkin susah bagi mereka. Waima kita letak entri telur masak kicap atau ikan goreng sekali pun, ia tetap memberi manfaat. Satu lagi blog yang punya masakan mudah, kebarangkalian untuk menjadi pilihan orang bujang atau suami2 adalah lebih tinggi. Suami2 pun pada mat harus juga ada sedikit ilmu memasak, bukan apa untuk kegunaan masa2 darurat. Ok tu saja kot tulisan mat gebu untuk entri terboring ...masakan hari ni, atas tu masak lemak fucuk atau tauhu kering dan bawah tu pucuk paku perak tumis pedas...

MASAK LEMAK FUCUK @ TAUHU KERING...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
4 batang putik jagung, hiris serong, cuci dan toskan
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan fucuk (toskan) ke dalam periuk bersama2 hirisan bawang, bawang putih, udang kering dan hirisan putik jagung. Gaul rata dan tuang santan cair hingga semua bahan2 tenggelam, jika perlu tambah sedikit air. Masak hingga fucuk lembut.
  2. Masukkan soo hoon, dan tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng....

PUCUK PAKU PERAK TUMIS PEDAS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku perak, diasingkan daun dari batangnya, cuci dan toskan
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3/4 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
1/2 inci belacan*
10 biji cili padi*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan pucuk paku tadi dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa, kacau rata dan boleh matikan api. Rasa dan hidangkan segera, guna api besar tika memasak..

6 comments:

JIJI YU said...

blog masak2..kat skolah jiji..blog papa je yg deorang tau..ahaha

Mat Gebu said...

@ jiji - terima kasih ostad..kirim salam kasih pakcik mat utk mereka2 semua...

Sunah Sakura said...

ehhhhhhhhhhhhh...saya tengok kan kan kan...gaya gambar kali ni da lain lah~ lalala~~~

Cik Jannah said...

amboi ! terliur !

Areliff said...

<--jarang makan saayur :)

c genk bah ne said...

sedapnya...boleh try ne hehehe


MENARIK HARI INI
KES MENANTU DI CABUL

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.