MAGGI KERANG.....JEMPUT SARAPAN SEMUA.

rsz_dsc_3237
Selamat pagi Malaysia dan duniaaa....erkk..hehe, releks, ni hari mat gebu bertambah sihat, batuk cuma tinggal sipi2, tekak pun ok dah, cuma suara jelah...stimmm gitu..huhu. Pagi ni nak bersarapan megi kerang..erkk, habis idea ke, benda2 yang koman je. Apa nak buat idea tu saja yang ada, jadi terima lah dengan redha. Berblog ni memang perlu komitmen, serius mat cakap, kalau sambil lewa atau berblog tidak mengikut minat kita, alamatnya tumbuh lah pokok2, jadi hutan belukar. Contoh paling senang lah, mat tak nak cerita blog orang lain, tak bagus, sebab apa, kalau nak kritik kelemahan orang, pasti kan kita berdiri depan cermin, lihat diri kita dulu, sempurna ke tak, rajin sangat2 ke tak, kalau rasa tak berapa, toksah nak kata2 orang lain, perbaiki diri kita dulu. Ok pasal blog tu, mat nak kata macam blog mat lagi satu tu alahh BDD (Bicara Dari Dapur), sebab ia hanya satu blog peribadi, jadi mat tulis bila rasa resah, bila mood hilang atau bila tergerak nak menulis......kan Sunah <--- selalu bagi peringatan suruh update itu blog...huhu, apa2 pun terima kasih..

rsz_dsc_3268
Ok, berbalik pada entri pagi ni, sebenarnya mat takde pun niat nak goreng maggi kerang ni, tapi kan nampak ada 3 keping mee cintan tanpa perencah, dan kebetulan bahan2 semua dah ada. Jadi on jelah, bukan susah mana sangat. Benda2 simple ni kadang2 lebih sesuai dengan tekak orang2 kita dari masakan yang complicated dan rumit. Kami blogger2 masakan memang salute dengan Puan Azlita tu, blog di sini, dia nya kerajinan memang harus dipuji, dah lah gambar cantik, kemas, gaya buat kerja pun punya lah tertib...pengsann >__< .Sebelum mat tulis resipi, mat nak ucap terima kasih juga pada sedara mat ,Puan Noor Lina Mohd Noor, bertugas sebagai Manager Visual Editor di TV3, kerana sudi mentelaah blog DTS-MAT GEBU yang cikai dan sempoi ni..terharuu..huhu..Terima kasih juga untuk mereka 2 yang sudi singgah..anda sungguh berharga....Ok resipi time...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping mi segera tanpa perencah, celur hingga lembut dan toskan
3 pokok sawi bok choy, siang berasingan, cuci dan toskan
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 genggam isi kerang
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
1 keping fishcake, hiris
2 biji telur, kacau sedikit
1 camca teh kicap manis
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang merah, cincang halus
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah kicap manis dan sos tiram, kacau rata. Masukkan kerang dan fishcake serta batang sawi. Gaul rata dan tolak ketepi kuali.
  2. Masukkan telur dan biar mengeras, kacau hancur telur tadi, gaul bersama yang lain. Masuk megi tadi, gaul rata, masak guna api sederhana. Tambah daun sawi, gaul rata. Tambah sos ikan secukup rasa. Masuk taugeh, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur dengan hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebelum menghidang. Perah limau kasturi sebelum makan, jika suka.

Post a Comment

9 Comments

  1. semoga PCM cepat sembuh dari sakit yer..... wahhh kerang lagi..

    ReplyDelete
  2. haaa..jangan lupa update BDD kalo beremosi..hahaha~

    saya pun suka tengok gambor blog masam manis...^_^

    owhh...kalo masok TV3 terus ok gak kan DTS ni...

    ReplyDelete
  3. Dah sarapan tadi...sarapan kek coklat...

    ReplyDelete
  4. hamboi bubuh kerang..kita buh fishball je..

    ReplyDelete
  5. moga cpt sembuh ye CMG..LM pun tak sht gak ni.tekak msh sakit.nmpk menyelerakan menu ni.kerang pun ada.esok bila reda sikit sakit tekak ni blh buat.tq resepi ye Cik Mat,minta halal..hehe

    ReplyDelete
  6. get well soon CMG
    ni x yah ajak ramai2 makan.....ryo sendiri pulun habis sepinggan.*errrrr

    (sambil packing dalam tapauware)

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi makan maggi kerang...boleh cuba juga nii....Semoga CM cepat2 sembuh seperti sediakala

    ReplyDelete
  8. luq tak suka makan maggi goreng...haha

    ReplyDelete
  9. pehh, sedapnye...rindu dgn masakan ibu dekat rumah :(

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.