JOM SARAPAN KELEDEK GORENG..

rsz_dsc_3379
Selamat pagi Khamis semua, dah sarapan?..Pagi tadi di FB, pun mat ada tanya pasal sarapan, dan teman2 ada tu tak pasti lagi nak sarapan apa. Mat pun sama, paling2 pun biskut krim kraker jee lah. Tapi tadi bila jengok ke dapur, tengok2 bonda dah siap goreng keledek oren @ keledek kawen. Sebenarnya mat tak boleh lah makan banyak sangat, sebab batuk baru saja baik walaupun ada lah sikit2 lagi, kira dah baik lah. Kalau ikut kan tekak, main hentam je ada kang batuk kembali..huhu.

rsz_dsc_3383
Keledek ni versatile, goreng sesuai, buat kueh mueh pun ok, dicampur dalam masak lemak atau masak bening pun sesuai sangat. Mat dulu pernah sekali goreng keleden, batter dia camur dengan sedikit bijan, sedap bau wangi dan ada rasa2 kekacang sedikit. Sedap dihidangkan panas, dan seperti biasa kalau di Johor, wajib ada sambal kicap, tak kira lah pisang goreng ke, sukun ke, waima ubi getuk goreng yang macam bebola tu amat sesuai dihidangkan dengan sambal kicap. Maaf sebab entri mudah ni, hanya cerita yang lebih, gambar pun siap letak 2..hehe, takpe kan?. Ok mat letak serba ringkas resipi dia....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Keledek secukupnya (mat guna keledek kaler oren)
1 cawan tepung beras
Secubit soda bicarbonate
1 biji telur
Beberapa titik pewarna kuning (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya kurang lebih 1 cawan (agak2)

BAHAN SAMBAL KICAP :-)
20 biji cili padi merah thai
2 ulas bawang putih
2-3 camca besar gula
Kicap lemak masin secukupnya (mat guna jenama Jalen)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Tambah gula pasir dan tumbuk lagi hingga gula hancur, tuang kicap secukupnya, kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PISANG GORENG :- Satukan tepung beras, soda bicarbonate, garam secukup rasa dan telur, kacau rata. Tuang air sediki demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Letak sedikit pewarna kuning jika suka. Rehatkan 20 minit. Kemudian boleh lah goreng keledek seperti biasa, hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan hidang bersama sambal kicap.

Post a Comment

15 Comments

  1. waaaaa suker kopok2 kat kledek tu.... biler dr sambal kicap mesti terliur sudah..w aaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. zasssssssssssssssss..........terus kidnap 5 ketul.

    ReplyDelete
  3. dgn sambal kicap mmg besh PCM. ahahha :D

    ReplyDelete
  4. Salam, CMG. Rajinnya Mak Yah, dlm sakit2 kaki ngan pinggang bila berdiri tu, dpt juga menggoreng keledek. Semoga Mak Yah sihat2 sahaja..

    ReplyDelete
  5. 1st time komen kt sini.selalu jd silent reader je.hehe..mat gebu, yg tu guna tepung beras ke gandum?sbb dalam resepi atas tulis beras, kat cara-caranya tulis tepung gandum lak.konpius.hehe

    ReplyDelete
  6. @ SARI - TERIMA KASIH KAK SARI..TULAH, MAK SAYA KALAU DIA OK SIKIT, DIA RANCAK BUAT KERJA..

    ReplyDelete
  7. @zawifatul - erkk..ha ah kan, maaf..ok dah edit balik, terima kasih atas teguran anda yeaa...

    ReplyDelete
  8. waaa......sedap nya....mesti rangup kan....
    nak sikit..untuk minum petang...

    ReplyDelete
  9. nmpk sgt garing.br saya tau kena letak soda bikarbonat.utk apa fungsinya tu cik mat?

    ReplyDelete
  10. lama tak makan keledek goreng ni. Sangat2 lama....tengok gambar dah merembes saliva. Teringat kesedapan dia. huhu

    ReplyDelete
  11. mmg sedap dan rangup. sy guna keledek putih...xbuat pun sambal kicap sbb xdak kicap masin

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.