rsz_dsc_3379
Selamat pagi Khamis semua, dah sarapan?..Pagi tadi di FB, pun mat ada tanya pasal sarapan, dan teman2 ada tu tak pasti lagi nak sarapan apa. Mat pun sama, paling2 pun biskut krim kraker jee lah. Tapi tadi bila jengok ke dapur, tengok2 bonda dah siap goreng keledek oren @ keledek kawen. Sebenarnya mat tak boleh lah makan banyak sangat, sebab batuk baru saja baik walaupun ada lah sikit2 lagi, kira dah baik lah. Kalau ikut kan tekak, main hentam je ada kang batuk kembali..huhu.

rsz_dsc_3383
Keledek ni versatile, goreng sesuai, buat kueh mueh pun ok, dicampur dalam masak lemak atau masak bening pun sesuai sangat. Mat dulu pernah sekali goreng keleden, batter dia camur dengan sedikit bijan, sedap bau wangi dan ada rasa2 kekacang sedikit. Sedap dihidangkan panas, dan seperti biasa kalau di Johor, wajib ada sambal kicap, tak kira lah pisang goreng ke, sukun ke, waima ubi getuk goreng yang macam bebola tu amat sesuai dihidangkan dengan sambal kicap. Maaf sebab entri mudah ni, hanya cerita yang lebih, gambar pun siap letak 2..hehe, takpe kan?. Ok mat letak serba ringkas resipi dia....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Keledek secukupnya (mat guna keledek kaler oren)
1 cawan tepung beras
Secubit soda bicarbonate
1 biji telur
Beberapa titik pewarna kuning (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya kurang lebih 1 cawan (agak2)

BAHAN SAMBAL KICAP :-)
20 biji cili padi merah thai
2 ulas bawang putih
2-3 camca besar gula
Kicap lemak masin secukupnya (mat guna jenama Jalen)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Tambah gula pasir dan tumbuk lagi hingga gula hancur, tuang kicap secukupnya, kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PISANG GORENG :- Satukan tepung beras, soda bicarbonate, garam secukup rasa dan telur, kacau rata. Tuang air sediki demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Letak sedikit pewarna kuning jika suka. Rehatkan 20 minit. Kemudian boleh lah goreng keledek seperti biasa, hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan hidang bersama sambal kicap.