BEN ASHAARI

Sunday, October 2, 2011

BILA WARTAWAN SINGGAH KE SEDENAK...ERKK!!

Salam hujung minggu semua. Entri selingan kali ni mat nak tulis pasal kehadiran seorang blogger yang yang mula dikenali ramai di dunia blog ini. Kalau dalam bidang kewartawanan, lakonan dan penulisan skrip beliau memang tak asing lagi. Beliau juga pelakon dalam filem2 komedi sekitar tahun 80-an dan 90-an sezaman dengan Imuda, Ebby Saiful dan lain2 selain drama2 di kaca tv. Dalam bidang kewartawanan beliau begitu berpengalaman, sapa tak kenal Fauziah Abdul Samad, dari wartawan akhbar ke wartawan hiburan semua sudah dirasainya. Orang nya berperwatakan mudah mesra, serius tapi ada terselit kelucuan, akan membuat kita rasa selesa dan mudah mesra. Dunia blog memanggil beliau dengan nama Kak Jee....blog beliau di sini.

Pada hari Sabtu 1 haribulan Oktober 2011, dengan rasminya Kak Jee menjejakkan kaki ke Sedenak, bumi yang penuh misteri, jauh dan agak kurang yang tau mana kedudukan sebenar Sedenak itu dalam Malaysia. Kedatangan Kak Jee dan suami (Uncle Pali) dan anak beliau (Nadia) adalah satu penghargaan, diiringi dengan cuaca redup dan tenang, semuanya berjalan lancar, walaupun pertama kali bertemu, tapi disebab kan sudah terbiasa bertegur sapa di blog dan juga FB, maka perasaan ke akraban sudah ada. Sedap berborak dengan pelbagai isu sambil menikmati juadah ala kadar, tak sedar masa berlalu pantas hingga tiba masa mereka berangkat pulang....Terima kasih Puan Fauziah Abdul Samad @ Kak Jee sekeluarga dan minta maaf jika ada terkasar bahasa dalam senda gurau....Pstt Kak Jee..sampaikan salam saya pada Puan Odah yeaa.. ^____^

GILING REMPAH SAMA MAMI,
JANGAN LUPA TAMBAH CILI,
SALAM KASIH DARI KAMI,
BUAT KAK JEE SE- FAMILI



15 comments:

AdyBudika said...

remy ishak datang rumah ko hari tu ko ade buat entri ker??

Sunah Sakura said...

aahahaha..keji abang ady! remy sahak konon..

maszull said...

salam DTS...wah kjee dtg kesedenak yer...:)bestnya...:)

Azita Zain said...

Eee...K.Jee gendong tiffin biru!

JIJI YU said...

waaa..papa nak pergi jgk

kak ina kl said...

bertambah jelous dibuatnya..bilalah nak sampai umah kamu ni

aimie amalina said...

waaaaaaaa
besnye pakcik mattt
pemes dah niii =]

Ummi said...

Hahhahaha...tu dia, x lepas jgk K.Jee dgn Tiffinbiru tu...K.Jee, sebenarnya Mat mmg nak bg K.Jee bwk balik tiffin biru tu..tp dia segan nak pelawa, takut k.Jee x sudi...kan Mat kan...hahahahaaa..*ada japgi kena lepuk dgn tiffinbiru lak..lariii* Ampuunn Mat..

Waaaa ada sorang tu perasan Remy Ishak ya Mat? Adeeehhh, nak fengsan...hahahhaa

Ryo Azhar said...

wahh!K.Jee siap posing dgn tiffin biru yea...mahal harga gamba ni..tahniah K.Jee

CMG sempat masak2 tak??hihi

Isteri Encek Bard said...

Wahhhhhhhhhh meriah gitue.... hari tu remy ishak dtg.. wakaka

dayang Citra said...

bestnya dapat jumpa Kak Jee..jeles saya..haha..

mamazieza said...

Mat.. ko ingat pakai seluar tak?????

mim said...

WOwwww...kelasssss Cik Mat eekkk...memang tawaf2 retiss taww..Diva blog gitu...

x tahannzzzz Kjee posing maut dgn barang antik and klasikk..

Pstt..pstt birra nak tepek menu2 hidangan untuk Kjee.Kononnya juadah simple padahal huhh...terlebih hidangan dawi meja gitu...fengsannnn..

Anyway congrate buat CikMat..semoga tewus jd diva blogger..muahhhh!

Kjee said...

adoi besarnya penghargaan buat Kjee ni !! Sama besar cam bodi (thnx sebab slimkan sikit gambo) Macamlahlah selebriti top. Agaknya kalau Dato Siti ke Ziana Zain yang singgah kat Sedenak camner ya Che Mat?!!
Lihatlah dunia (waktu gendong tiffin biru tu) itulah dailog Kjee tau masa tu hehe.
Seronok sangat dah tercapai impian jumpa blogger yang Kjee minat. Ramah dan kelakar, parents yang jugak cukup peramah, serta abang Long CMG yang handsome (ewah sempat). Terima kasih abang Long bagi CD Quran.
Korang kalau tak jumpa Che Mat in person memang rugi. jenuhlah Kjee pujuk suruh enter frame wajah dia tapi dia tak nak. Mukanya masih nampak muda belia. Kalau Kjee tak tahu CMG dah 36 tahun, Kjee ingat dia masih belum capai usia 20-an!! Serius.
Masakan dia toksah nak komenlah. Nanti kecur balik.
Unclepali kata mana nak sangka anak Kpg Sedenak ni boleh terkenal seantero Malay eh bukan Malay tapi dunia melali DTS. Panjangnya citer macamlah buat entri sendiri!! Glad I made that trip to see you CMG!!

Kjee said...

tengok tu excited sampai eja malaya jadi Malay. Tapi korang fahamlah. Kalau tak faham buat2 faham. Kita yang buat dia!!
Ummi...laa ruginya Kjee tak tahu CMG nak prezen tipin biru tu kat Kjee!! Kalau tahu mmg Kjee amik siap2!!
(Pssttt Kjee pasti kalau Kjee pergi second time, dia dah sorok tipin siap2 atas bumbung.)
Sorry Che Mat, acah jer!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.