BEN ASHAARI

Sunday, October 9, 2011

ASAM PEDAS IKAN DENGAN NENAS....

rsz_dsc_3097
Bosan..tu je mat boleh kata.. Sejak2 lepas raya ni, rasa dunia blog lain sangat. Mat sendiri mood tak berapa ok, macam tak seronok sangat nak berblog, tapi kena juga buat. Bila kita kurang sehat, ada masakan yang boleh ngam dengan selera kita. Mat suka makan yang masam dan sedikit pedas, tapi kata orang kalau sakit tekak tak elok makan benda2 pedas. Mat guna ikan kembong, kalau nak guna ikan lain pun ok juga, ikut pilihan anda. Memang ini masakan biasa, tapi dah tu je mat masak, masuk kan saja lah..nak tunggu aku masak nasi beriani, rasanya minggu ni tak kot insya allah minggu depan, tu pun kalau dah betul2 sihat.... ^____^

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong saiz besar
1/2 biji nenas madu
1/2 cawan jus asam jawa
1 3/4 senduk nasi cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
Lada hitam kisar (jika suka)
Garam dan gula secukup ras (nak boh serbuk perasa pun boleh)

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih dan kerat 2 setiap ekor. Nenas dipotong serong sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masuk bahan tumbuk halus dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan serbuk kunyitmasukkan nenas dan gaul rata, masak sekejap. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Tambah garam , Sserbuk lada hitam, secukup rasa dan masak sekejap. Boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat..

7 comments:

Aza/Rin/Na said...

Assalamualaikum Cik Mat ... :-)
sabar ye - apa2 juga perasaan kita tu dugaan dari Allah jugak ... mungkin tak sihat tu yang rasa tak selesa kan. tapi k.rin tak lepas ke blog Cik Mat ni - suka sgt dan sumber inspirasi akak. Kelmarin cik Mat masuk entri jamu Mee Kari kan - so, harini saya masak mee kari jugak - puas anak2 makan ... :-) terima kasih ya menjadi sumber inspirasi rakan2 blogger sini ...
take care....

Tihara said...

salam Mat Gebu,

jangan lah bosan camtu yekk..akak selalu jadi silent reader kat sini..seronok tengok mat masak2 yang best2..mak akak pun ske tengok..keep it up okeh :)

bersama kak Es said...

sedapnyeeee.. :)

Ozzy Choc D'Luscious said...

sedapnya asam pedas cik mat..saya plak la ni teringin nak makan asam pedas ayam..

JIJI YU said...

rasanya jiji dah jangkit demam ngn papa ni

aimie amalina said...

ooohhh asam pedas
mang sokmo sodaaaappp =]

Isteri Encek Bard said...

huhuhu nenas yang sungguh menggoda lelagi buh lam asam pedas

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.