BEN ASHAARI

Tuesday, September 13, 2011

SAYUR TUMIS RAMPAI BERPETAI.

P1310003
Salam tengah hari, buat apa tu. Ok ni mat letak satu entri yang ringkas2, saja lah bagi meriah kan blog masak2. Lepas2 raya ni kalau nak makan yang hebat2 pun rasa macam tak boleh nak terima kan, yelah yang berempah2 bagai tau. Tapi kalau ketupat, serunding dan kuah kacang tu masih boleh lagi kan...mat pun suka. Masakan ni bukan mat yang masak, tapi bonda ku yang memasaknya. Kebetulan ada petai 2 papan, wahh, lagi sedap. Petai sekarang ni mahal giler, sepapan RM 1 !!...pengsannn >_< . Ok lah sebab ini ibarat resipi pengisian ruang kosong, mat tulis serba ringkas resipi dia yea.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 bahagian kobis bulat, hiris
4 tangkai kacang panjang
1 keping tempe, dadu dan goreng
2 papan petai, ambil isi
1 genggam udang
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1/2 inci belacan, larutkan dalam air
4 biji cili hijau
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum. Masukkan udang dan masak hingga udang berubag warna, tambah belacan, kacau dan masukkan kacang panjang dan petai, kacau dan tambah sedikit air.
  2. Bila kacang lembut dan petai lembut, masukkan tempe, kobis dan masak sekejap. Tambah soo hoon (toskan), kacau rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula atau serbuk perasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera selagi hangat.

7 comments:

Cheq Sue said...

cheq sue tak pernah masak petai camni..selalu makan gitu aje

Citarasa Rinduan said...

petai!!

aduh,..
sekejap lagi ayu sampai...

Kak Rose said...

mat, ari tu tengok kat pasar malam 3papan 5 hinggit tau petai ni. mahal sungguh kan!

Finaz Jaafar said...

umanggg aih..seyes ah menggoda..tak pernah lagi makan petai yang masak sekali dengan tempe sume nih..

JIJI YU said...

petai wat kencing berbau

sue bee said...

suka makan petai..sedap tuu

Mamaleesya said...

feminat petai no. 1. Kalau sambal petai lagi berantu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.