BEN ASHAARI

Monday, September 12, 2011

SAMBAL GORENG JAWA....JOMM "LIKE"... ^_^

P1300979
Selamat tengah hari, tadi check folder masak2, sekali nampak satu lagi menu lupa nak masukkan dalam entri, maklumlah sibuk...haha, geli jee kan bila kata mat gebu sibuk, tapi dok on tenet manjang. Nak buat macam mana, rumah aku ni WIFI 23 jam (1 jam tu tutup kasi dia rehat). Jadi boleh on-line di mana2, waima dalam bilik ayor pun boleh yeop!..Tapi bukan leer UNIFI cuma Streymix semata, bilalah si UNIFI nak sampai ke Sedenak nih. Sambal goreng jawa ni mat buat masa Ady Budika datang tempoh hari. Masakan dia biasa2 saja. Tapi kan orang2 jawa memang suka lah masakan macam ni, boleh makan dengan ketupat atau nasi, dan juga masakan wajib untuk melengkapkan hidangan nasi ambeng... Hmm, alah segan lah nak bagi tau.....

Tadi pagi saja2 lah buat Fanpage, kalau dari dulu buat pun boleh, tapi saja takmo, yelah mat bukan nak apa sangat, cuma acc FB tu penuh dah, tu yang buat fanpage....slow kan si mat ni, ala tak kesah, selow melow..tapi aku kat dapur laju okehh...kalau sudi jangan segan2 LIKE (icon dia ada sebelah kanan blog atau klik sini) .... Awwww segan sebenarnya nihhh (v_v)...Terima kasihh.. Ok kita lihat resipi pulak....mat kopipes resipi lepas, sebab sama...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 keping tauhu keras, didadu, goreng dan toskan
2 keping tempe, didadu, goreng dan toskan
50 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1/4 bahagian kobis bulat, hiris
3 papan petai, ambik isinya
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang puith, hiris
1/3 cawan isi udang
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 camca besar jus asam jawa
1/4 cawan pati santan
3 camca besar kicap manis
2 camca besar penuh cili kisar
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan lengkuas hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Masukkan udang dan masak sekejap. Tambah kicap manis, santan dan jus asam jawa, masak hingga pekat, gunakan api kecil.
  2. Masuk tempe, tauhu dan juga fucuk (toskan). Gaul rata dan tambah sayur kacang, petai, kobis dan soo hoon (toskan), gaul rata. Masak hingga kering, tambah cili hiris dan juga garam secukup rasa, jika perlu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

17 comments:

JIJI YU said...

kita nak like sgt2..itteww tak buat sebab tunggu papa wat dulu

Wan said...

sori lama x dtg sini CMG. lunch hour cmni mmg tingat blog tiffinbiru ni..hehe.
wah2 dh ada fanpage ye, bagus tu.

Gambar Pernikahan Faezah Elai Dan Heykal Hanafiah

mizzkechique said...

saya suke smbal goreng.. org jawa la katakan..hehe

liemaopurut said...

Salam kenal CMG,

Wah....memang sukee gile dengan sambal goreng. Nak buat jugak la nanti :p

Mas said...

suka sangat sambal goreng jawa.....
terliur dah ni..he3

Rozita said...

sedapnya.. tengok je dah rasa mcm nak buat je ni...

Effa said...

aikk, ni menu yg sama posted on friday 2sep kelmarin. sambal goreng jawa versi mat gebu.

~♥ OjaAmran ♥~ said...

hari tu kan masa kita balik Malaysia, sempat la kita soh mak kita buatkan..sedap kan sambal jawa ni. saya yg x jawa pun suka!! haha

Cahaya Qaseh said...

ahhh, t'liur... dahla ngah puase.. aishh, nk mintak mak buatkan la.. hehee... ^_^

Isteri Encek Bard said...

tu dia ada nasi ambeng sodap nie

LydSunshine said...

Owwh...Mat gebu-gebu role model ku... Tolong la jawab.. Daging dendeng dgn rendang tok tu sama je lain? *tadop kena-mengena dengan resepi yg cik mat bagi di atas.. kwang2..

akuanakpahang said...

Salam CMG, mmg best... i like :)

Zulfikar Hazri said...

Nasik di ambeng wati.. kekekeke

Ainul Hayat said...

ini mmg menu terbaik abg mat. Bahan2nya sume berkhasiat. Selalu beli kat kafe opis...hehehe

ShashaCatering said...

Salam Cik Mat. Saya dah like dah, no 286. Harap Cik Mat sudilah like page saya pula kat link yang saya bagi tu. Ni link tu http://www.facebook.com/shashamohamed.
Harap Cik Mat dapat ajar saya camner nak dapat follower dan like yang banyak2 ni.
T.kasih Cik Mat ;)

mas saari said...

wah..dah ada fanpage!
nanti Mas like...heheheheee

Zet's Sweet Box said...

wahhh... sedap ni.. makan dgn nasi panas + ikan masin.. adudududu...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.