BEN ASHAARI

Monday, September 12, 2011

MOIST BANANA CAKE....RESIPI PILIHAN..

P1300993
Selamat pagi Isnin, assalammualaikum. Masih beraya ke?..Kalau rumah mat ni, masih lagi menerima kunjungan tetamu. Semalam telah selesai satu sesi marhaban kaum hawa, yang lelaki belum lagi. Kalau di Johor ni, macam tu lah setiap tahun, tapi kan ianya bukan perkara wajib, cuma kita ajak lah mereka singgah, kata hidup dalam bermasyarakat..betul tak? Selain marhaban, ia juga bertujuan mengeratkan tali silaturahim antara kita. Tahun ni mat rasa agak sibuk sepanjang Syawal. Ada orang tanya..CM u tak beraya mana2 ke?..Hehehe, tak pi mana2 pun (save duit aku..lalalala), cuma ada lah pi rumah sedara, tu saja. Selebihnya mat banyak merancang menu untuk tetamu yang akan hadir mengikut jadual. Penat memang lah, tapi kan bila orang datang, kita wajib raikan dengan penuh hormat. Tetamu datang bawak rezeki, bila kita melayan tetamu dengan elok ia melambangkan "maruah" keluarga kita, tapi apa2 pun biarlah mengikut kemampuan. Keadaan macam ni mat telah nampak sejak dari kecil, dan cerita dari bonda pun mengatakan sejak zaman arwah nenek kami ada lagi, suasana merai tetamu telah menjadi satu kebiasaan menjelang hari perayaan dan sebagainya.

P1300994
Terpanjang gila intro, hehe, ok kita cerita pasal kek pisang ni pulak. Yang ni mudah nak buat, guna minyak jagung saja, tapi mat campur dengan 100 gram mentega yang dicairkan, terpulang pada anda. Kek pisang ni selain lembut dan gebu...gebu..gebu..macam mat gebu, ia juga lembap dan lembut. Kalau anda nak susun hirisan pisang atas dia pun ok, tapi mat tabur badam cincang saja. Dalam adunan kek tu jika anda nak letak walnut atau pecan pun ok, tapi kosong pun sedap dahh.. Ha, ni lah nak cerita sikit, jiran mat..kenal tak, alaaa skandal aku tu lahh Ben Ashaari, dah jadi mamat cerpen pulakk....iyeaa betull kakkk....klik sini...Tapi nak tau jalan cerita kenalah baca dari episode pertama....mat gebu baca ke tak?....huhu, takde selit pasal TEKO, bukan setakat nak baca, jeling pun aku malass...sori Ben...aku jujur nihh... Kita lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A
15 gram ovallate
150 gram gula halus
225 gram pisang emas, lecek halus
1 camca teh esen vanilla atau 3-4 titik esen pisang
100 gram mentega dicairkan*
125 gram minyak jagung*(*disatukan)
Badam cincang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar hingga semua bersatu, tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga adunan pekat seperti adunan kueh baulu. Perlahankan kelajuan dan masukkan pisang lecek, putar rata.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis. Akhir sekali tambah minyak jagung + mentega cair tadi, kacau hingga sebati. Tuang dalam tin, tabur badam cincang rata dan bakar 40 - 45 minit atau hingga kuning keemasan. Uji kek dengan mencucuk bahagian tengahnya dengan lidi sate, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak. Sejukkan sebelum dipotong.

6 comments:

JIJI YU said...

papa bbuat pe2 pon mmg jadi pilihan

Isteri Encek Bard said...

GEGEBUNYER TENGOK KEK NI

Isteri Encek Bard said...

GEGEBUNYER TENGOK KEK NI

Sunah Sakura said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....set sakuraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~ T____T nak sebijik je pon takleh keeee atokgebuuuu???

SariJasri said...

hhmmmm....gambar pun dah namapk sedaappp...

Ozzy Choc D'Luscious said...

Salam cmg, saya dah buat kek nih hehhehe

http://ozzyorange9768.blogspot.com/2011/09/kek-pisang-lembab-aka-moist-banana-cake.html

Thanks ya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.