BLACK PEPPER BEEF.

P1300985
Petang semua..eh dah petang saja kan..hmmm, esok ada satu perkara yang perlu mat buat, mungkin akan update blog lambat sikit. Ini pun bukan mat masak hari ni, tapi menu 2 hari lepas. Takpe lah kan, sebab sejak2 ni pun masa mat agak ketat...kita blog masak2 ni tau sajalah, kalau hari2 nak letak hidangan yang lain dari yang lain, memang payah lah, sebab mat akan letak apa yang aku masak, kalau nak tunggu yang vasss...alamatnya 1-2 hari sekali saja lah. Tujuan mat letak ni bukan apa, cuma nak bagi idea, walaupun ianya biasa2 tapi bagi golongan muda dan baru berjinak2 ke dapur tak sedikit banyak dapat juga membantu mereka. Satu lagi macam mat pernah tulis dulu, orang lelaki ni tak perlu anda hidangkan makanan ala2 5 bintang setiap hari, sekadar masakan ringkas sudah cukup, janji ianya hasil dari tangan isteri mereka.....Masa untuk lihat resipi pulak.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan
1/2 cawan sos lada hitam "LIFE"
2 camca besar kicap manis
3/4 camca teh tepung jagung
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*(*dikisar halus)
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
1 cawan air
Sedikit garam jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan daging, kicap manis, sos lada hitam, bahan2 kisar halus, tepung jagung dan gaul rata dan perap 1 jam, simpan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging perap tadi bersama jusnya sekali, kacau rata dan masak hingga daging kecut, kecilkan api dan masak hingga daging empuk, tuang sedikit air, jika perlu.
  3. Masukkan leek (toskan) dan juga bawang besar, kacau rata dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan boleh angkat, hidangkan bersama nasi hangat..

Post a Comment

17 Comments

  1. Sedapnya menu ni.. nampak sungguh menyelerakan. Selamat Hari Raya buat CMG..

    ReplyDelete
  2. betul2! (excited 1st time comment :P)
    saya pon baru nk start blaja masak slalu refer blog cik mat...raya hari tu pon ikot resipi kuah kacang cik mat mmg terbaik la...hehe..tp buat puding je fail manjang...keep update ye cik mat!!
    thank you =)

    ReplyDelete
  3. hanya mampu membiarkan air liu ini membasahi baju ku

    ReplyDelete
  4. kalo makan kat four season ni mnjadi idaman kalbu gak ni

    ReplyDelete
  5. sedaaaaaaap!
    mcm beef stick dah aihhh

    ReplyDelete
  6. selamat malam CMG
    samalah kita...
    sibuk jer..

    ayu kena tukar dengan daging ayam nie.. sure dah lari rasa.. aduh!!

    ReplyDelete
  7. Wah! Daging black pepper, sedap nih. Nak sikit ;)

    ReplyDelete
  8. Aku memang suka daging black pepper ..lagi hitam lagi sedapppp!

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya, CMG...

    Bolehla resipi ni diguna untuk berpantang ni... :D
    (pantang yg tak pantang, heh)

    ReplyDelete
  10. Masakan yang sedap..pernah cuba..lebih lagi bila guna sos lada hitam LIFE..

    ReplyDelete
  11. daging bahagian mana yg sesuai nak buat masak mcm ni..sebab i beli daging kotak..sgt keras la Mat...

    ReplyDelete
  12. WAHHHH LAMA TAK MASAK NIE... PETG NIE NAK MASAK KERAPU 3 RAYA, INSYA ALLAH ESOK MASAK BEEF BLACKPAPER PLAK.. SEDAP2

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.