BEN ASHAARI

Wednesday, September 7, 2011

LEMPENG KELAPA....COCONUT PANCAKE

P1300953
Selamat pagi semua, jomm sarapan lempeng kelapa. Lempeng kelapa ni pun salah satu makanan warisan kita orang2 melayu..opssss...sori kalau silap yelah kan, teringat kes dulu...aduh, tak pasal2 mat gebu kena "cabai"...lawak pun ada, geram tak berapa sangat lah kan sebab yang komen tu pun jenis lupa makan ubat penenang...aiman tak kesah. Ok, kita cerita pasal entri hari ni, nampak kan lempeng kelapa tu macam garing2 sikit, hakikatnya yang garing2 tu lah yang sedap, kalau tak garing makan pun tak syok "ala-ala" saja...dan bila garing kan...kan..kan..bau dia masya Allah..harumm okeh..

P1300958
Lempeng kelapa ni sedap dimakan bersama sambal tumis, kuah kari atau gulai, juga gula (ngeri's). Mat pulak makan dengan kuah gulai rebung...hmm nicee lahh. Lempeng kelapa ni kalau nak sedap guna kelapa kulit basah, kelapa yang untuk buat inti, kalau kelapa tua, hmm berhampas. Kalau nak ngam, minum pulak dengan kopi panas..kena pulak pagi tu hujan..wahh..kalau kat rumah2 kampung, minum kat anjung depan rumah, bess nyaaa...nyaman... Resipi dia mudah sangat...cer tengok di bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder (optional, tapi kalau letak lagi bess)
2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan diatas kecuali garam, kacau rata. Tambah garam secukup rasa, kacau lagi. Panaskan non-stick pan saiz 8 inci (kalau nak comel2 macam mat buat, guna non-stick pan saiz 4 inci). Tuang sedikit minyak dan letak 3/5 senduk adunan, ratakan dan biar hingga perang, masak dengan api sederhana.
  2. Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga kuning keemasan. Angkat dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama pada baki adunan hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari, gulai atau sambal tumis..

9 comments:

Sis-Lin said...

Uiiii ko punya lempeng boleh bikin pipi kena lempang niiiiiiiiiiiii....hahahahahhahahaa

gebu's ok!

Mila@Rimbun said...

uihhh telan air liyuq je leerrrrr... jgan sampai batal posa syawal udah ler

Mila@Rimbun said...

uihhh telan air liyuq je leerrrrr... jgan sampai batal posa syawal udah ler

Noor said...

Uikssssssssssssss!!! sedap... sedap.. sedappppp.... Kt kg dulu masa kecik2 mak kitapun selalu buat. Masa tu kita adik beradik panggil lempeng tapak gajah sebab mak kita buat besar2.Nak cepat gi noreh... so jadilah besar gedabak..he2

Panglima Muda said...

sedap

WaniGhani said...

gebunye..dah nampak macam roti naan la CMG.hehehe

rahel said...

boleh bayangkan sedapnya lempeng kelapa tu...klu Rahel la kan ...makan begitu saja n pekena hot coffee...mmm harum n lemak..hehe.

sue-sama said...

sy suke lempeng kelapak

Lysha said...

dear CMG...Shah said thank you...a nice suggestion....as usual.....a huya to CMG....thanks...tata.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.