SAMBAL KUPANG......IKAN PEKASAM.

P1300964
Salam tengah hari...wahh sibuk sikit lah ni hari. Dah makan tengah hari ke?...Yang bekerja tu selamat makan tengah hari. Hari ni mat tulis entri biasa2 saja lah. Yang atas tu sambal kupang, yang tu mat bagi lah resipi. Kalau nak ganti dengan kerang pun ok, tapi pada mat kupang lagi sedap. Sambal tumis ni kalau tak habis, makan dengan lempeng pekak pun sedap. Pulut kuning pun ok gak makan dengan sambal tumis. Selalunya kami beli kupang segar, cuci bersih dan toskan. Selalunya kami akan tumis bawang putih sedikit dan masukkan kupang, gaul rata dan tuang sedikit air. Tutup dan biar hingga cengkerang kupang terbuka. Matikan api, sejukkan dan ambik isinya. Satu lagi mat akan buang satu gumpalan hitam pada kupang tadi....Psttt cer baca entri ini..tu pun kalau nak tau bes ke tak..tak baca mana tau kan...

P1300967
Waaaaaaaaaa..yang ni sedap..serius, boleh pengsann. Ikan pekasam, ni pemberian sedara mat, sedap lah, tapi ikan pekasam ni selalunya dibuat dari ikan air tawar seperti terebol, sepat, haruan dan sebagainya. Dulu2 mat tak pandai sangat makan benda2 macam ni, sekarang pandai dah. Selalu nya mat akan goreng ikan pekasam dengan minyak baru, dan guna api sederhana, goreng hingga kuning keemasan, kemudian tumis bawang dan cili hiris, hingga layu, angkat dan tabur atas ikan pekasam tadi..aduhh pengsann >_< tang ikan ni mat tak beri apa2 resipi lah yea, kalau ada nanti mat share kat blog ni...

SAMBAL TUMIS KUPANG.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan isi kupang segar, cuci bersih dan toskan
3 senduk nasi cili kisar
1/2 inci halia, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng sekejap isi kupang, angkat dan toskan. Kemudian masukkan bahan tumbuk halus, halia dan cili kisar, tumis hingga harum dan cili garing, gunakan api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus asam jawa, kupang dan bawang belah tadi, gaul rata. Masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..

Post a Comment

13 Comments

  1. wah! merahnya sambal bang mat.....
    adeeehhh...leleh lioq!

    ReplyDelete
  2. Mat! Lempeng pekak tu macam mana rupa dia? Teruja membacanya...bagi resepi.

    ReplyDelete
  3. x pernah makan pon kupang ni .. rsa dia macam kerang ke ??

    ReplyDelete
  4. Aduyaiiii...lapo lagi masuk sini :)

    slmt hari raya semua :)

    http://batulesung.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. ye la cana sambal merah cam ni yer???? nampak sedap sangat....

    ReplyDelete
  6. marbeles.... ikan pekasam tu kalau ada limau perahkan sikit mahu terangkat!!

    ReplyDelete
  7. Oooo... Camtu rupanya cara keluarkan isi kupang. Pasti sedap nih.
    Thanks for sharing Cik Mat ;)

    ReplyDelete
  8. merah menyala nyer sambal !! kalo buat sambal lobster agak2 lagi sedap tak .. ?? :D

    http://lubuklobster.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. my faveret!! sedapnye.. cmg, sy tgh carik resepi Nasi Kurma (yg taruk buah kurma). Ada takk, penah buat tak? sy ada jumpa 1 resepi dr majalah online, tp simple sgt bahannye. betul ke tak, sy tak sure la kan. hehe kalau cmg dpt buat n bagi resepinye.. sy sgt2 hargai!

    ReplyDelete
  10. Kupang peh!!! tu x sabaq nak balik Msia ni marvelous CMG.

    ReplyDelete
  11. 2@3 kali gak try goreng ikan pekasam...FAIL! terbarai jek...last2 malass

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.