BEN ASHAARI

Saturday, September 10, 2011

BLACK PEPPER BEEF.

P1300985
Petang semua..eh dah petang saja kan..hmmm, esok ada satu perkara yang perlu mat buat, mungkin akan update blog lambat sikit. Ini pun bukan mat masak hari ni, tapi menu 2 hari lepas. Takpe lah kan, sebab sejak2 ni pun masa mat agak ketat...kita blog masak2 ni tau sajalah, kalau hari2 nak letak hidangan yang lain dari yang lain, memang payah lah, sebab mat akan letak apa yang aku masak, kalau nak tunggu yang vasss...alamatnya 1-2 hari sekali saja lah. Tujuan mat letak ni bukan apa, cuma nak bagi idea, walaupun ianya biasa2 tapi bagi golongan muda dan baru berjinak2 ke dapur tak sedikit banyak dapat juga membantu mereka. Satu lagi macam mat pernah tulis dulu, orang lelaki ni tak perlu anda hidangkan makanan ala2 5 bintang setiap hari, sekadar masakan ringkas sudah cukup, janji ianya hasil dari tangan isteri mereka.....Masa untuk lihat resipi pulak.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan
1/2 cawan sos lada hitam "LIFE"
2 camca besar kicap manis
3/4 camca teh tepung jagung
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*(*dikisar halus)
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
1 cawan air
Sedikit garam jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan daging, kicap manis, sos lada hitam, bahan2 kisar halus, tepung jagung dan gaul rata dan perap 1 jam, simpan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging perap tadi bersama jusnya sekali, kacau rata dan masak hingga daging kecut, kecilkan api dan masak hingga daging empuk, tuang sedikit air, jika perlu.
  3. Masukkan leek (toskan) dan juga bawang besar, kacau rata dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan boleh angkat, hidangkan bersama nasi hangat..

17 comments:

Nur-nba said...

Sedapnya menu ni.. nampak sungguh menyelerakan. Selamat Hari Raya buat CMG..

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

salam Raya che Mat.Sedap nampak daging tu.

aisyah said...

betul2! (excited 1st time comment :P)
saya pon baru nk start blaja masak slalu refer blog cik mat...raya hari tu pon ikot resipi kuah kacang cik mat mmg terbaik la...hehe..tp buat puding je fail manjang...keep update ye cik mat!!
thank you =)

abadi romeo said...

hanya mampu membiarkan air liu ini membasahi baju ku

JIJI YU said...

kalo makan kat four season ni mnjadi idaman kalbu gak ni

MAK TEH said...

selamat hari raya che mat.

Sunah Sakura said...

kegemaran gaven elhem ni..

aimie amalina said...

sedaaaaaaap!
mcm beef stick dah aihhh

Citarasa Rinduan said...

selamat malam CMG
samalah kita...
sibuk jer..

ayu kena tukar dengan daging ayam nie.. sure dah lari rasa.. aduh!!

ShashaCatering said...

Wah! Daging black pepper, sedap nih. Nak sikit ;)

Sis-Lin said...

Aku memang suka daging black pepper ..lagi hitam lagi sedapppp!

Mama Syabil dan Rania said...

Selamat Hari Raya, CMG...

Bolehla resipi ni diguna untuk berpantang ni... :D
(pantang yg tak pantang, heh)

ibundo said...

selamat hari raya mat..

sue bee said...

Masakan yang sedap..pernah cuba..lebih lagi bila guna sos lada hitam LIFE..

SURIA AMANDA said...

daging bahagian mana yg sesuai nak buat masak mcm ni..sebab i beli daging kotak..sgt keras la Mat...

Isteri Encek Bard said...

WAHHHH LAMA TAK MASAK NIE... PETG NIE NAK MASAK KERAPU 3 RAYA, INSYA ALLAH ESOK MASAK BEEF BLACKPAPER PLAK.. SEDAP2

abadi romeo said...

huuuum...Yummmy....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.