BEN ASHAARI

Saturday, September 10, 2011

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI.

P1300977
Selamat pagi semua, salam penuh kesyukuran. Sehat?..Mesti ada undangan ke rumah terbuka. Lagipun syawal baru nak masuk minggu ke-3, dan masa hujung2 minggu macam ni baru ada yang berkesempatan membuat rumah terbuka. Mat sendiri akan menerima kunjungan tetamu dalam masa terdekat ni. Entri hari ni hanya menu biasa. Mat masak masa Ady Budika datang ke rumah tempoh hari. Sebenarnyakan, semalam mat rasa gembira sangat2...mat malas lah nak tulis sebab apa, ada 2 sebab, satu tu sebab ini..dan satu lagi tu nanti2 mat bagi tau. Masak lemak cili padi ayam ni sesuai juga untuk jamuan rasmi. Nama saja masak lemak cili padi tapi takde lah pedas mana. Kalau nak true blue masak lemak cili, kaler dia kehijuan dan rasa dia mestilah pedas berapi....boghasap tolingo ekau jaaang oiiii!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong, 18 atau ikut suka, cuci bersih dan toskan
5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap satu dan rendam
4 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1500 ml santan cair
500 ml pati santan
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
10 biji cili padi
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1 inci halia tua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan serai dan lengkuas, kemudian bahan kisar halus. Tumis hingga harum, masukkan ayam dan kacau rata. Biar ayam kecut sedikit, tuang santan cair dan masukkan kentang. Kacau dan biar mendidih, perlahankan api.
  2. Bila kentang empuk, masukkan asam gelugor dan pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

6 comments:

Rozuan Ismail said...

kalau dekat kelantan,sama macam ayam gulai lemak kuning berlada

JIJI YU said...

ni kalo pedas lagi kaw2 ni

H.J said...

ni kalo makan dengan nasik senyap je sampai habis..haha

Amie said...

dah siap dah lauk untuk tengahari... datang sini bawa nasi putih panas2 nak temankan dengan gulai lemak cili padi!

Eyriqazz said...

yummy2..sedapnya...OK3..minggu depan kami datang beraya..hik3

aimie amalina said...

huu
tak kesahla masak lemak cili api ape pon
mesti sukee!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.