BEN ASHAARI

Wednesday, August 17, 2011

SINGGANG SERANI MEMIKAT SELERA..

P1300674
Petang semua, sibuk ke...Ok semalam kan mat masak singgang ikan serani, jadi ada teman2 FB suruh letak resipi, walaupun ini resipi ulang tayang tapi tak bila bulan puasa ni nak mencari2 tu kadang leceh kan. Mat guna ikan tongkol, kalau anda tak gemar, boleh lah guna ikan tenggiri, kembong atau ikan merah, terpulang pada pilihan masing2 yea. Singgang serani ni kita perlu tumis sedikit. Mat suka singgang yang masam sedikit, tapi pada yang tak gemar masam boleh letak kurang asam gelugor atau anda ganti dengan asam jawa. Boleh juga kalau nak letak terung, tomato dan bendi, tapi mat suka letak tomato. Masak nya pun mudah, ok, mat tulis resipi dia yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tuna@tongkol putih saiz sederhana kerat dan cuci bersih
1 biji tomato belah 6
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor'
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis (optinal)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi merah thai
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Tambah asam gelugor dan juga kiub ikan bilis, jika guna.
  2. Masukkan ikan dan biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato, kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

8 comments:

SiS NaD said...

Salam Abg Mat...

Wow!~ Masak singgang tu... Sedap2!~ Suka makan ikan yang dimasak singgang dengan sos cili!~ Pelik tak? Hehe!~

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

singgang tetap menyelerakan!!!

Amie said...

lawalah pulak rupa paras ikan singgang mat nih! ada lagi tak?

Iffah Afeefah said...

tak ske singgang pulok..

ce masak singgang tulang

terbaikk

JIJI YU said...

kalo taaruk budu mmg ngam2..

Sis-Lin said...

singgang pun sedapppp! makan dgn sambal belacan..perghhhh

Ainsurie said...

caya ler bang mat...tgok jer dh mavelossoo dah...apapun thnks a lot to u sbb sudi share resepi,petua2 n tips2 yg sangat berguna...dapurku bertambah berseri2 dngn kehadiran DTS...sekrg dh jadi tabiat..asal buka jer online jer DTS ler yg buka dulu...semoga abg mat dikurniakan kesihatan yg baik olehNya dan terus berkongsi idea2 masakan yg best!!Amin.

nur umie said...

hari ni msk singgang serani resepi mat gebu.. mak abh puji sedp.. mkn brtmbh.. :-) .. ank nye xllu nk mkn sb nye srnok msk.. tq cm..;-)