BEN ASHAARI

Wednesday, August 24, 2011

SAMBAL KARI KERANG....IDEA SIAPA?

P1300814
Salam tengah hari...sangap2 jee, ngantuk eks, huhu, sama lah kita. Ngantuk juga ni, dah jadi macam senikata lagu pulak, "siang mengantuk malam berjaga". Kali ni nak share satu resipi derhaka melampau.....konon lah kan. Ini hasil perbincangan mat dengan sesorang yang bukan dari dunia masak2. Tapi tak sangka, idea dia boleh tahan. Bila mat tanya dia, any idea tak nak mask kerang? Dia kata masak kari, hmm mula2 rasa macam tak brapa nak ok, lepas tu kata beliau lagi, buat ala2 sambal lepas tu bagi pekat2 sikit..wahhh..not bad juga, kira pala otak dia ni boleh pakai juga kalau bab2 derhaka resipi nih. Orang nya misteri sikit, jarang bercakap...tapi bukan lah sombong, memang tebiat dia tak suka cakap banyak....behave u, suci lagi..haha...pstt. nak tau ke sapa..cer ke sini.....terkejut takk?...kann..haaa tu lah orang nya jangan sangkaaa okehh.... Jom semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan isi kerang segar
2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama baba's)
Sedikit air
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (nak guna serbuk perasa pun ok)
1 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
1 biji bawang besar, belah 6
1/2 inci halia, diketuk
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus, halia titik, dan juga daun kari hingga harum. Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga cili garing, gunakan api kecil. Masukkan jus asam jawa dan air, kacau dan masak hingga pekat.
  2. Masukkan kerang dan bawang belah. Kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti.....Selamat mencuba!!...

10 comments:

Oh Oeya said...

Aduh menggoda sungguh sambal kerang ni.. tak kesah laa derhaka ker idak.. memang nampak sedap arrgghh!

Cayalah pada pencetus idea nih.. dia ngidam tu C'Mat.. bagus tanya dia hik3

Ainul Hayat said...

Owh kerang yg sedap :)

whitecappuccino said...

faveret jugak ni..

yangbaik said...

tergoda pulak dengan kerang nih... idea bagus neih..

JIJI YU said...

kerang dan ramadhan mmg sinonim

Sunah Sakura said...

macam tau je sape bagi idea tu...

Cik Kham & Co said...

kelakarlah statement abg Mat nih..resepi derhaka...kuikuikui.....neway mmg nk try.mcm meletop gilo sedapnyer..kebabooooommmm....

Iffah Afeefah said...

er hahaha

papa ben berat mulut tapi ati baikkkk

cm sdp kerangnye

nad said...

meleleh air liurrr.. sabar jek lah puasa2 ni kan.. i loike kerang.. nak nak makana ngan lemak putih fucuk tauhu...terangkatttt...

Tea Dno said...

alamakk.. sedapnya nampak.. terliur nih.. huhu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.