BEN ASHAARI

Friday, August 26, 2011

MOCHA CHOC CHIP COOKIES....OHH HEAVEN!!!..

P1300848
Selamat pagi semua...eh ada lagu raya lahhh...wahhh lagu Ahmad Jaisss...feberet dennn. Erkk, aneh kee orang "muda" macam mat gebu minat Ahmad Jais..erkk "muda"?.Cehhh, tua sudah, kertu dahh, gigi pun dah tak cukup bilangan. Ini antara biskut raya simple mat tahun ni, serius kata, mood baking cookies not so happening this year, lemau jee, kalau nak buat cookies yang berdeko2 bagai..sorry..tak terlarat den. Berbalik pasal cerita biskut coklat cip ni, resipi asal mat dapat dari dapur geng masak yang hebat berasal dari tanah seberang tambak. Siapa tak kenal Rima Of Singapore, yang begitu rajin, dah lah tu hasil kerja pun...hmmm, hebat!!. Mat sebelum ni memang tak pernah buat coklat chip cookies, tapi kan sekali test resipi Rima, terima kasih Rima (blog di sini...), terus melekat sudah...sedapp okeh. Cuma mat ada ubah suai sedikit...biasalah ikut bahan2 yang ada...Siapa2 nak buat, nanti boleh cuma, berbaloii, tak caya tanya mereka2 yang pernah rasa masa datang rumah mat dulu....betul tak sedap?....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega (mat guna jenama Anchor)
150 gram gula perang @ soft brown sugar
3 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha oil (boleh beli dikedai baking)
120 gram coklat chip
100 gram gajus, panggang dan cincang kasar
50 gram badam, panggang dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 camca teh baking powder*
350 gram tepung gandum*
15 gram serbuk koko*(*disatukan dan diayak)
Secubit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula perang hingga gebu, masukkan kuning telur, satu persatu dan putar rata, tambah esen vanilla, garam dan mocha oil. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan kelapa kering, gajus dan badam serta coklat chip, putar hingga semua rata.
  2. Ambil kurang lebih 1/2 camca besar adunan, bulat2kan dan susun dalam dulang pembakar, kemudian tekan sedikit dengan garfu. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


14 comments:

aimie amalina said...

huuuuu..sedapnyeeeee..
hayoooo...

Sunah Sakura said...

waaaaaaaaaa..pakcik 'AT GEBUUUU~~~ :p

Oh Oeya said...

Mai sebalanggg hik3

Mai sebalanggg lagiii hik3

O'gosh said...

oo..senang je..

Anyway, Selamat Hari Raya ye..

intan payung said...

salam,
mocha oil tu sama tak dengan mocha flavour paste?

LydSunshine said...

Cik Mat, 3 kuning telur tu saiz apa? Tak kisha ke saiz apa2? Pastu putar tu putar sampai gebu ke? Maksud dia sampai kembang?

Mat Gebu said...

@ intan payung - yep sama

@ lyd sunshine - guna gred A, putar sampai kembang..

JIJI YU said...

gulp..nak bwk tapuwe buleh tak

WaniGhani said...

Lari tajuk: CMG...saya seronok sgt hari ni dapat beli gelatin halal dan non dairy creamer.tak agak2 bli yg 1 liter..huhuh...saya byk refer bahan2 kat komen2 CMG ngan kak Yani kt MyResipi...susah benor nk dpt menatang ni..

Coklat mcm ni mmg fav saya..tp dah ada 3 biskut dlm list..xleh over nanti somi rotan plak..ekekek...

Iffah Afeefah said...

hah

terliurrr

Azza Azman said...

saya buat tak pernah jadi.. asik hangus saja...

Balqis-Delights said...

Cik Mat Gebu kalau saya x bubuh kelapa kering tu perlu ke sy tambah bahan lain. pukul tu kembang mcm pukul kembang kek ke?

SITI NORULHUDA IBRAHIM said...

nk try

SITI NORULHUDA IBRAHIM said...

tu....bako lama sgt....bkn salh resipi....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.