BEN ASHAARI

Wednesday, August 10, 2011

JUS CARROT SUSU PENYEJUK BADAN....

P1300465
Wahhh, nyamannya di tekak, sejuknya. Semalam, sudah melanggar pantang, aku telah menelan ini jus carrot susu sebanyak....erkkkk...2 gelass..boleh?. Terus rasa macam kena karen nkoo body, lepas minuma air masak, then terus jus carrot pulak..penggsann. Sebenarnya semalam ada lobak merah berbaki dalam 1 1/2 batang, dari penuh peti sejuk, baik lah mat kisar je jadi kan jus carrot. Kali ni mat gunakan low fat milk sebagai ganti susu sejat yang sering mat gunakan. Sebelum ni pun ada juga mat buat dan letak kat blog di sini dan sini, tapi ada beza sikit. Untuk mendapat warna yang cantik, lonak merah kena lebih siki, saiz yang mat guna ni agak besar. Ok mat tulis resipi dia, nanti boleh cuba masa berbuka puasa yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 batang lobak merah saiz besar, cuci dan kerat2
1 cawan air
600 ml susu rendah lemak
Air gula secukupnya
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar halus lobak merah dengan 1 cawan air. Tapis dan perah, ambil jusnya dan masukkan dalam jug. Tambah susu rendah lemak dan air gula secukup rasa, seelok2nya biar manis2 buah sahaja, lemak2 gitu.
  2. Tambah ais kiub dan biar sejuk sekejap. Hidangkan untuk berbuka puasa....hmmm, i likee!!




14 comments:

CT Delima said...

As'salam Mat

Emmmm....sedapnya..mcm haus bila tgk air tuuu..

WaniGhani said...

bila tengok gambar ini pada jam 1pm, adalah sengsara! :p

Sunah Sakura said...

kenapa saya tak nampak apa2 ni??? gggrrrrr...

FizA said...

terliur dah tgk... lmbt lg nk buka puasa... :(

Mdm Biar Betul said...

pergh!!! nasib baik jumpe air jus carrot smlm cari resipi x berkenan coz letak susu pekat....

Sis-Lin said...

Ermmm sejuk nyaman je aku tgk..tp aku tak suka karot susu..hehehe sbb tu mata aku rabun!

Zulfikar Hazri said...

abg botak datang lagi...

Eyriqazz said...

Fuhh,meleleh air liur ni...yummy,yummy..

Baruje lepas ngumpat mat gebu, minta maaf in advance

Blog Pilihan August 2011

Myra Jay said...

Nak try la satgi..
Memang ada rasa seram sejuk nak demam nie.. :)

Iffah Afeefah said...

aah sme cm sunah tak nmpak pape..

onyang lupe letak gamba kot=P

S h i d a said...

Wahh! thanks mat gebu! nak try la.. meleleh je tgk air carrot tu. T__T

saye follow mat gebu : #9737 (mcm no plat je kan) haha

Azita Zain said...

Panas2 ni...terliur tengok carrot susu ni...!

JIJI YU said...

pergh..salu wat n i

suhaimi said...

Seminggu 4-5 Kali blend carrot wat air carrot susu, beli kt pasaraya econsave sekilo RM2.99 (dapat 7btg) balik umah buat jus...nyaman tekak..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.