P1300483
Selamat pagi Malaysia..wahh, kacau si mat, dia ni bersahur ke atau bersarapan, lain macam jee nengok nya...Haha, tolongg lah untie2 semua, pakcik mat bersahur okehh..jam 4.30 pagi tadi, sekali lagi 4.30 bukan 7.30..yeaa. Semalam ni mat buat lontong untuk berbuka puasa, kalau kat Johor ni, lontong memang untuk sarapan pagi. Dan di sertakan dengan telur rebus, serunding kelapa dan sambal tumis atau sambal kacang, lagi satu kat Johor ada lontong kering, yang tu anda boleh lihat teman blogger masak2 mat membuatnya..klik sini, terima kasih Puan Azlita....

P1300487
Hmmm, nampak sedap ke, mengiurkan tak, cer bayangkan kolestrol dia pulak..pstt tu guna 1 1/2 biji kelapa parut yea....pengsannkan. Sebenarnya masak lodeh untuk lontong ni ada pelbagai vesi, ada yang macam masak lemak biasa, ada tu ditumis dan dimasukkan juga sedikit rempah ratus sebagai penyedap rasa. Mat selalu guna kan udang kering sebagai rencah dia. Ada orang suka kuah lontong yang pekat dan ada suka yang sedikit cair, itu semua terpulang pada citarasa masing2. Tapi kan untuk mendapatkan kuah yang pekat, soo hoon tak payah kita rendam, cukup dikerat pendek dan lalukan bawah air paip dan masukkan dalam periuk, kacau rata dan biar masak hingga lembut dan ini juga akan membuat kuah jadi pekat...pstt nak cuba resipi baru, try klik sini....lepas tu komen okeh....

BAHAN KUAH LODEH :-)
1/4 biji kobis bulat, dihiris, cuci dan toskan
15 tangkai kacang buncis, hiris serong
2 keping tauhu keras, dadu besar
70 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, didadu
1/2 biji sengkuang, hiris memanjang
1 biji lobak merah saiz sederhana, hiris memanjang
1 cekak soo hoon, kerat
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1.5 liter santan cair
400 ml pati santan
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Nasi impit secukupnya
Serunding kelapa
Sambal tumis
Telur rebus, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KUAH LODEH :-Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum, tambah 1/3 camca teh serbuk kunyit dan tumis sekejap lagi. Masukkan tempe, sengkuang dan lobak merah, kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Tambah fucuk, kobis dan kacang buncis, gaul rata, biar sayur lembut. Masukkan soo hoon, tauhu dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LONTONG JOHOR :- Letak secukupnya nasi impit dalam bekas sesuai, tuang kuah lodeh secukupnya bersama isi2nya sekali. Letak telur, serunding dan sambal tumis. Hidangkan segera.