BEN ASHAARI

Thursday, August 4, 2011

BERBUKA PUASA DENGAN NASI LEMAK. (^_*)

P1300311
Assalammualaikum, salam semua, dah 4 ramadhan, kejap je. Entri makan2 pagi ni mat letak yang mat buat semalam, hmm atas permintaan, mat buat saja lah. Nasi lemak memang dah biasa kan dengan orang kita, tak kesah apa bangsa sekali pun, bila sebut nasi lemak semua boleh terima kat tekak masing2. Asas bahan sampingan nasi lemak selalunya timun, telur samada direbus atau digoreng dan juga sambal tumis. Lepas tu bahan sampingan yang biasa mesti lah kacang tanah goreng, ikan bilis goreng dan ayam goreng atau ikan goreng. Tapi sejak2 ni nasi lemak menjadi meriah tak sangka bila ada rendang, sambal paru dan macam2 benda lagi..... Nak makan pun pening, nasi semua tak nampak, dihempab dek segala khazah lauk pauk dia....

P1300320
Yang mat buat semalam ni kira asas je, cuma nasi, sambal tumis ikan bilis, timun dan ayam goreng kunyit tepung beras. Seperti biasa mat akan guna beras basmathi untuk masak nasi lemak, selain sukatannya mudah, nasi pun jadi lawa, seksi gitu, panjanggggggggggggg. Kalau nak guna beras super tempatan pun ok, cuma tang santan tu pepandai lah adjust macam anda masak nasi tu. Ayam tu pulak ada tak banyak jadi mat goreng kunyit tapi ditabur dengan sedikit tepung beras dan rempah ratus. Kalau ganti dengan ikan pun ok, sedap juga...Jomm mat tulis resipi dia....

BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 1 jam, toskan
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putig, diketuk
1 inci halia, hiris
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis
Telur rebus
Ayam goreng (optional)
Hirisan timun

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang santan dan masukkan bahan2 lain, perasakan dengan garam secukupnya dan masak seperti biasa hingga nasi tanak dan kering. Biar hingga nasi betul2 masak baru dikareh dengan chip stick. Hidangkan dengan sambal tumis dan bahan2 sampingan lain.
  2. Ayam tu mat buat senang je, 1/2 ekor ayam, kerat 2, cuci bersih dan cucuk dengan garfu. Lumur dengan serbuk kunyit, dan bahan tumbuk (2 bawang putih, 1/2 inci halia, 1 camca teh serbuk ketumbar, sedikit serbuk jintan kasar dan jintan halus, garam dan sedikit gula), perap 2 jam. Kemudian golek2 dengan tepung beras, dan goreng terendam hingga ayam masak, gunakan api sederhana. Toskan dan potong pada keratan kecil bila nak dihidangkan..

12 comments:

Mdm Biar Betul said...

pergh!!! cobaannnnnnnn

Isteri Encek Bard said...

YA Allah, sabar sue sabr... serius rasa nak makan monitor nie

Iffah Afeefah said...

pcm makan nsi lemak malam2? hehe

Sunah Sakura said...

lemakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

FaKArePa!n said...

beras basmathi mmg mngancam abg Mat.. hehe.. memang seksi..

Kendra Bing said...

Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com. Or submit your blog postings to be part of the big collection.

JIJI YU said...

huwarggg kalori2

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

ini betul² cobaan nih..aduh leleh..

zuwaidah said...

hmmmmmmmmmmmmmmmm apa salahnya buka puasa dgn nasi lemak...konyang gak kan

mynameismy said...

ahhh terliurrr...-.-'

make it free said...

siyes terliur tgk gamba nasi lomak ni tadi,, bukak2 je gamba hayam,, aduh,,, takpe2 kene out cepat2 nih,, ihik,,,,

Oh Oeya said...

Oh! Nasi Lemak.. huk! huk!
aduhaiii..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.