BEN ASHAARI

Tuesday, August 2, 2011

AYAM PONGTEH...LEPAS SEHARI LAGI SEDAP!

P1300255
Salam semua, hari ke 2 Ramadan sudah, cepat kan...tau2 esok dah ada entri biskut raya pulak. Erkk yang tu mungkin dalam seminggu dua lagi kot, kita tunggu dan lihat saja lah yea. Ini sebenarnya semalam punya juadah berbuka. Semalam mat gebu berbuka sorang2, jadi masak yang simple saja lah kan. Ayam pong teh ni typical pranakan nya lauk, ianya ayam yang di masak dalam pes taucho dan bahan2 lain. Sedap dimakan bersama nasi hangat atau roti pun ok. Ianya kalau disimpan semalaman, lagi sedap. Tapi kan kalau ikut resipi asal, guna shitake mushroom, mat guna cendawam butang....

P1300259
Nampak sedap kann..hmm, kalau makan dengan bubur nasi pun ok, nak cuba makan dengan bubur lambuk pun sedapp...hmm, ikut suka hati korang lah nak makan dengan apa pun, cuma satu je, jangan makan masa siang..kan bulan puasa ni, bila dah berbuka tu lantak leer nak makan ke, nak telan ke atau sebagainya..okehh. Masakan ni guna kicap pekat dan kicap cair, tapi tak banyak. Lagi satu kentang tu pun memainkan peranan juga mengurangkan rasa masin ayam pong teh ni, jadi kena tambah sedikit garam atau kicap cair, part tu ikut citarasa masing2 yea..Ok jomm pantun duluu, baru tengok resipi..

CANTIK SUNGGUH BURUNG KENARI,
GAMBAR TERSULAM DI KAIN KASA,
AYAM PONG TEH NAMA DIBERI,
DIBIAR SEHARI BERTAMBAH RASA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/4 camca teh garam
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
1 inci halia, dititik
3 - 4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam dalam air
10 kuntum cendawan butang (mat guna yg dalam tin jee)
3 biji cili merah, dibelah tapi tak putus, rendam dalam air
1/4 cawan taucho, dihancurkan
1 pokok daun sup, potong kasar2
1 liter air
1 camca besar kicap cair
1 camca teh kicap pekat
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam tadi dengan 1/2 camca teh garam, serbuk kunyit dan halia tumbuk hingga rata, perap 1 - 2 jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan halia titik hingga harum, masukkan taucho dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul, biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air, jus asam jawa dan masukkan kicap pekat, kicap cair, kentang dan cendawan butang. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun sup dan kecilkan api. Renih 25 - 30 minit hingga ayam dan kentang empuk.
  4. Masukkan sedikit gula dan belahan cili merah. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan....

11 comments:

sayang said...

cik mat.. slm ramadan. tetiba pagi ni terasa nk mkn murtabak megi. ada resepinye x? blh wat berbuka hr ni. terima kasih.. (^_^)

JIJI YU said...

oo tu antara kegunaan kentang yeyee

Isteri Encek Bard said...

WAHHHH CENDAWAN TU PEBERET TU

Iffah Afeefah said...

haha kalau tak pose bolehla makan kn pcm kan?


ps: Kalau ketat kite longgarkan..kalau jauh kite dkatkan

Ummi said...

Saya MESTI pilih!!!!! hehehhehe

Fiza Nordin said...

insya Allah nak trylah!!!

roq said...

owh....setia kali singgah blog ni....mesti rase nk makan...arghh! selamat la pose.....huhu

Sunah Sakura said...

pcm ni...jadi lapar pulak...hishhh..

mawarseri said...

dapnyerrrrrrrrr...suke tgk pic makanan dlm ni, mneyelerakan n dah letak gak link abe MAT kat post kita yg ni http://mawarseri.blogspot.com/2011/08/menu-berbuka-puasa.html tq abe MAT

comelmontel said...

aduh cekmat, sy dh try ayam pongteh tu, tp apakan daya, taucu tu hampeh pulak rasanyer..yg biasa sy pakai dh abis, so bedal je yg ade kt kedai masa tu...terus kene komplen, masak x sdap....:(

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Sedap nampak...bila CMG nak mai Oxford ni, boleh lepak rumah teman masak2.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.