BEN ASHAARI

Sunday, August 14, 2011

AYAM GORENG KUNYIT...SESUAI BERSAHUR.

P1300591
Pagi semua, dah bangun ke. Sahur apa pagi tadi. Terima kasih yea, atas kesudian anda singgah ke blog DTS ini, traffic bukan keutamaan mat sekarang ni, tapi tipu lah kalau mat kata tak jengah langsung kan, cuma sekarang mat malas lah nak buat entri pasal traffic segala, lagi pun ada yang kata, apa guna traffic tinggi jika tiada keuntungan...hmm itu pandangan mereka tapi tak pada mat, traffic bagus tanda blog anda diterima dengan baik, iklan pulak, ikut rezeki, lebih atau kurang untuk DTS..mat tetap bersyukur. Duit, sapa yang tak nak kan, pasal harta dan wang ringgit, ada kala adik beradik bermusuhan, teman karib jadi renggang...tapi alhamdulillah, pada mat rezeki Allah nak bagi kita tak boleh nak dijangka, jika bukan pada harta dan wang , diberinya kita kesihatan..betul tak?....Cuma pada era sekarang ni semuanya duit, waima duduk di kampung pun, kalau sumber kewangan tidak mencukupi, ianya tetap beban, lagi lah bagi mereka yang menetap di bandar2 besar. Ok menu kali ni boleh dikatakan sesuai untuk bersahur, sebab cepat dimasak. Tak mo cerita banyak, jom kita semak resipi.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayan, hiris memanjang*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 inci halia, tumbuk lumat*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh sos tiram*
Sedikit garam dan gula*(*disatukan, gaul dan perap 1 jam)
10 tangkai kacang buncis, hiris
6 biji cili padi merah thai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 cawan air
Sos ikan secukupnya rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi, kacau dan biar hingga kecut. Tambah air dan biar hingga pekat. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, masak sekejap.
  2. Masukkan cili padi thai dan tambah sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangan panas bersama nasi...



14 comments:

Iffah Afeefah said...

oo de letak gula

menarik ni

Cik Sara said...

owh..guna sos tiram ye? boleh cuba ini..

Mama Feti said...

boleh try ni....nampak sedap...

Citarasa Rinduan said...

salam ramadhan ke 14 cik mat
hari nie ayu cuti..
hehehe

ayam gireng kunyit mmg menu paling sesuai utk bersahur

gadis kepastian said...

teeheee lau perap dulu ayam 2 ase dia lain dari terus campak jew...

http://lalinklife.blogspot.com/2011/08/keputusan.html

Eyriqazz said...

nyam3..sedapnyaaa....

sowwi mat gebu,baru cilok gambar tak minta permission dulu

http://www.eyriqazz.com/2011/08/small-contest-teka-pemilik-blog.html

miErah halim said...

CM ni aje je kan..
adoii..
dah la xsahur pg td.

Anum Afiq said...

gosh!mknan fav ni...pasni bley cube2 masak ayam grg kunyit ni sendiri.sedap2...

Amie said...

resepi ni cepat dimasak, sedap dimakan ye mat...

ZYASH said...

terbaik lah.... ayam goreng kunyet ne...huhu.

MerLe said...

suke~ tp slalunya x letak gula ngn sos tiram pn..bleh try ni...

aimie amalina said...

bwu 1sr time dgr kene perap dgn sos tira..weee
aduhai.pose yg mnduga..huhuhu..sedapnye

Isteri Encek Bard said...

betul2 membuka selera lauk bersahur nie MCG

Mommy Zidan said...

salam....saya dah try resepi nih...mmg sgt sedap...bila dah tambah sos ikan tue rasa dia lagi kick....so hari nih saya sahur mkn lauk ni lah...nyum nyum....tak sbaar plak nak tunggu sahur...hhehehe... :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.