BEN ASHAARI

Wednesday, July 13, 2011

PRATA TAMPAL BERKEJU DAN........

P1290806
Salam, hmm lepas isu panas kat FB tadi, mat terus buat apa yang patut, untuk hilangkan rasa geram dan menyampah, tapi baru sat tadi admin "Kongsi Resipi" telah menjelaskan duduk pekara yang sebenar...Terima kasih pada admin. Lagi pun mat belum sarapan, tekak ni kalau demam, nak makan benda bukan2 jee. Tadi mat masak singgang ikan, yang tu tak perlu lah kan masuk kat blog, kang ada pulak yang kata "tah apa2", eh ada satu lagi tau, bonda buat lempeng ubi + kelapa, tapi yang tu pun takut nak masukkan dalam entri, kang ada komen macam tu hari, alah yang kata DTS "cibai" tuu..tatau lah budak "bongok" mana tah yang tak reti sejarah boleh marah2 bila mat kata lempeng tu warisan melayu, agaknya dia ni Uganda mari lah kan...huhh manusia ni macam2 peel...kalau ikut kan, kita pun boleh sama tak betul macam dia..Biarlah janji kita tak sakit kan hati orang lain...Ok semak resipi, nanti boleh buat untuk minum petang...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti prata jenama "kawan"
2 biji telur
1 biji bawang besar, didadu
1 pokok daun bawang, potong kecil
1 keping keju cheesedale, didadu kecil
Lada hitam berperisa "aji-shio" secukupnya
Secubit garam
Sos kegemaran untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua kecuali sos kegemaran, keju dan roti prata. Kacau rata. Ketepikan. Panaskan kuali non-stick, lenser sedikit minyak masak, dan masak roti prata tadi hingga kekuningan, angkat dan asingkan.
  2. Dalam non-stick pan saiz 8 inci, tuang sedikit minyak, tuang 1/2 bahagian dan masak dengan api kecil hingga permukaannya sedikit mengeras, tabur 1/2 bahagian keju, masak sekejap dan letakkan 1 keping roti prata tadi, tekan2 sedikit. Masak dengan api perlahan. Terbalikkan dan masak sekejap lagi.
  3. Angkat, potong pada 4 atau 6 bahagian, hidangkan bersama sos kegemaran, atau kuah kari/gulai semalam punya pun ok. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang..


14 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

nak try puasa nnt ^^

H.J said...

minum petang macam mana mat..sarapan pom tak lagi..jji tinggal kita kesorangan..haha

Niena Pengembara Ilahi said...

roti prata jenama kawan tu mmg best.. mcn camtu jer pn best .. kalo wat cmni lgi best.. erm.. niena suka sgt klau pape je masakan ltak cheese

Sari Yusa Ibrahim said...

buat makan tengahari nipun sedap CM...

Kjee said...

that's the price you have to pay kalau jadi orang femes, CMG. ramai yang dengki dan mulalah maki hamun. don't worry ramai yang follow you. kjee suggest you saring semua komen. mmg banyak keje sikit tapi berbaloi. sekadar pandangan.

chikadakbiru said...

nak tekan Like kat comment kjee tuh :)..semoga cepat sembuh yer CMG..resepi simple..tp nampak menyelerakan!

cik cek said...

Mat dah baik demam ke...jgn marah2 lagi tau...kak cek paham sgt..kalau ada kat tempat mat..memang la marah bila dituduh sembarangan...sabo ye Mat...
haaa...tgk menu ringkas ni...cepat dimasak...sedap dimakan...:)

Asnur said...

saya start tgk DTS ni awal tahun ni.tapi tak penah bagi komen.perkara pertama buat bila sampai opis ialah tgk DTS dan Home sweet home (kak ummi).

Isteri Encek Bard said...

best nie CMG... sabar yer CMG.. Alhamdulillah admin dah perbetulkans egalanya....

azrinna said...

Simple dan menyelerakan. Sesuai untuk saya yg tgh demam ni. Hu3!

bersama kak Es said...

mak aiiihhh...yg meleret lawa tu mmg buat akak gebusssss

gadisBunga said...

cik mat suka guna jenama kawan kan? :D

Sis-Lin said...

Prata nama kawan tu mmg rangup kan? aku prnh beli sekali...lain dr prata yg jenama Mesjid tu....
Anak aku kata mcm pizza prata ko ni Mat...hehehehehe

CNK said...

simple n yummmehhhh!!!

http://pelangichanteque.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.