BEN ASHAARI

Sunday, July 24, 2011

PAU GEBU MONTOK TEMBAM.....LEMBUTTT!!

P1300076
Assalammualaikum, salam malam, semua. Malam ni mat nak kongsi resipi pau mudah yang hasilnya begitu lembut, gebu dan montel, lembutt pulak tu. Plan nak buat semalam, tapi atas sebab2 tertentu yang memang tidak boleh dielakkan, tertinggallah hasrat ku nak mengepau. Hari ni memang nekad, buat juga, walaupun masa ketat, mat tak kira. Pagi2 buat dia nya inti dulu. Mat buat ala2 inti karipap saja, kalau tengok Kak Ida buat dia guna daging ayam..kat sini... Mat guna tepung pau, kalau resipi kat blog kak ida untuk 1 kg, tapi mat buat 1/2 kg saja itu pun dapat 15 biji kueh pau yang gebu dan montok2..


Pau dia memang lembut dan bahan2 dia pun ringkas. Inti tu terpulang pada anda samada nak manisan atau savory. Adunan doh dia lembut sedikit dan perlu ditabur sedikit tepung dimeja kerja anda. Oh yea..tau tak, mat kukus pau tu guna alat pengukus elektrik, ianya mudah praktikal dan kemas, letak kat dapur nampak comey saja. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah singgah di sini...dan anda boleh hubungi nombor telefon diblog tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kukus yang praktikal ini....


BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

30 comments:

Haris Kaito said...

waaaaaaaaaaaa~sedapnyerrrrrr

laskar pelangi said...

terliur!
=(

dah lama kot tak makan pau~ huuuuu

MamaFaMi said...

Meroyan mama tengok kuih pau Mat ni... jangan ma ngigau malam ni dah ler!

Sunah Sakura said...

title tak menahan kan atokkkkkkkkkkkkkkkk!

bersama kak Es said...

best!!
nak inti apa dan banyak mana boleh boh sesuka atiiii kannnn..
TQ CMG

Azwa Azee said...

hah...abeslah mengigau malam ni sampai termimpi PAU!!!

ida @ 1001resepi said...

salam mat,
sangat gebu dan tembam mat...suke kkida tengok...lebih tembam dari pau kkida tempoh hari...:)

Citarasa Rinduan said...

peeh...............

ku pengsan.. mmg gebu ko pau itu

Yatie said...

putih melepak paumu itewwwww...jeles aaiii tawwww...

azila said...

kalo tgk kat bahan2nya..yg mudah jer..hurm2, menarik gak utk dicuba.wah...asyik nak try resepi baru jer zla skang nih..hehhe

Nurhasliza Jeffry said...

Memang gebu, memang montok, memang tembam. Uwaaa! Geram!

ilahjy said...

salam cmg
wowww gebusss nya pauuu kak dah amek resepi t.q

ajah freedom said...

sedakkkk nya cik mat!!!!

Mat Gebu said...

@ haris - serius sedapp...amacam tak mo ke try buat?.

@ laskar pelangi - hmm, jomm makan sekali..

@ mamafami - worth it ma, try test tengok macam mana, mesti tak keciwa punya..

@ sunah - hahahaha...biasalah nama pun tok mat gebu..

@ kak es - yep..inti tu nak guna inti kelapa pun sedap kak..kalau ada rendang daging pun bolehh guna.

@ azwa - must try...tak rugi..

@ kak ida - Terima kasih kak ida share resipi ni, berbaloi kan kak, tak rugi mencuba, dah lah tu muai pulak..

@ citarasa rinduan - ayuuu, simple sangat kan bahan untuk doh tu, nak buat utk bulan puasa ni nanti.

@ kak yatie - jomm kak buat...senang nih dan sedap..

@ azila - buat jangan tak zila...berbaloi ni, bila lagi nak test skill...lepas tu budak besar boleh tolong makan kan..paksa!!.

@ nurhasliza - kann..haha, serius gebu sungguh..

@ ilahjy - kakkk...wajib cuba kak, saya ni nak menerai lagi, tunggu buat inti kelapa dulu..

@ ajah - memang sedap nie...

aDisH.sHidA said...

sedaaaaaaaaaaaaaaaaap nya...shida suka pau ayam...

Mat Gebu said...

@ shida - wajib cuba ni...berbaloii..

ct fatima said...

mohon share pic nie k...fevret nihh!! hehe

-iNtAnAdiA- said...

baru lepas try resepi nie..betul2 gebu pau saye...thanks abg mat gebu =)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

uncle mat, teringin nak makan pau panas2...perghh, sedap kan!
pau yg gebu idaman semua, terima kasih ats resipi.

Nurul Atikah said...
This comment has been removed by the author.
Tura Mastura-Elvin said...

Kalau tak ada tepung pau, boleh guna tepung biasa tak?

amy mem said...

helo semuah blh kwn ke?

amy mem said...

tepung 128 campur tepung pulut dan tampling punya bru la jadi tepung pau hhehehe

Fadzillah Naim said...

menarik resepi mudah..guna trio ek kukus..btambah mudah la keje.. ;-)

aina noor said...

amboi.che mat.cantik n gebusnya pau.jelesgak kita.nak share resepiye.

Muna Mahdzar-Fadaaq said...

thanks for sharing, cikMat
cheq buat pau guna resepi ni for tea tadi and it was really delicious. since kat sini takdak tepong hongkong, cheq guna normal flour, so ropa pau cheq sikit kelabu - tak putih melepak macam pau cikmat. Anyhow, all the pau sudah habis masuk dalam pewut.
xoxo

shikin annisa said...

Salam..why akak buat pau x jadi..dia pecah atas bila kita kukus dan berubah warna jd kekuningan sikit

Fazliana Jamil said...

Fuhhh, gebu2 pau kauuu. Hehehe. Gatal plak rasenyer tangan nak buat petang nie. Minta izin share sikit ye resepi ni. Hehehe. Ada masa nanti singgah2 blog saya http://www.mamafisya.com/

Nasrul Hadi said...

Knape pau sayajd coklat..mntak tolongya puan

Hasnita Zulkifli said...

Baru je siap buat pau resipi ni..cantik&gebuss sgt..tq en.mat

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.