BEN ASHAARI

Thursday, July 21, 2011

PAPRIK UDANG....RESIPI KAK INA KL.

P1300026
Selamat petang , semua dah selesai santap tengah hari?.. Mat pun makan lewat sikit...Tatau lah kenapa malam tadi teringat2 paprik udang, dan mat buat ikut resipi dari blog teman masak2 dan antik, Kak Ina KL. Mat buat dalam 10 ekor udang bersaiz sederhana, kalau udang saiz besar lagi sedap.....ke gatalan dia pun mungkin sedap juga. Masakan ni mat rasa, kalau ganti dengan daging ikan merah pun sedap, tak pun guna sotong. Sotong!!..Ohh tidak...pantang dah sotong, gatal kang susah mat gebu. Tapi kan, mat tak cukup bahan macam resipi kak ina, jadi mat guna saja apa yang ada...terutama sayur-sayur dia. Sekarang kita semak resipi pula...apa2 pun terima kasih Kak Ina KL...resipi asal di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan
1/4 bahagian red capsicum, didadu
1/4 yellow capsicum, didadu
1/4 green capsicum, didadu
1 biji tomato, potong 8
10 tangkai sweet pea
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 pokok daun ketumbar, dikerat
2 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
2 ulas bawang putih, cincang halus
6 biji cili padi merah thai, diketuk
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit air
Secubit gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN SOS :-)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap manis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang digoreng selama 30 saat, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, serai dn bawang besar hingga wangi. Masukkan udang dan kacau rata.
  2. Masukkan capsicum (semua jenis), bahan sos dan juga air, kacau rata dan biar mendidih. Tambah daun limau purut dan sweet pea. Masak sekejap. Tambah cili padi dan daun ketumbar.
  3. Masuk sedikit gula dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah sos ikan sedikit lagi. Angkat dan alih dalam bekas sesuai, tabut hirisan daun bawang sebelum dihidangkan....

13 comments:

Nyamuk Terbang said...

asal msuk blog nie ja..prut lapar

laskar pelangi said...

alahai...sedapnyaaaa

Isteri Encek Bard said...

huhuhuhu suker sangat gambo nie CMG, gambo nie buat saya rasa lapor giler...

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

Telan air liur je....

azila said...

en.mat..ubat ader stok lg x?heheh..zla ni dah lama xmakan udang..heheh

Lieynn Malek said...

boleh try masak petang ni... dpt jugak masak udang style baru.. stle CMG... lg satu hari tu sy ada terlihat satu resipi roti pandan yang CMG gulung then masuk dlm paper cup... tp dh 2 hari ni cari tak jumpa plak.. bahan2 dh beli, tp resipinya tak sempat salin... CMG ingat x nama resipi tu? hehe

JIJI YU said...

lepas ni gatal lagi la tu..

Firdnurjue said...

ohhh my peberet udang nie...weeeeeeeeeeeeeeee

Ruziawati Yusof said...

alahai.. sedapnya paprik udang ni!!!

LoCk MaN (KunCi LElaKi) said...

pergghhh...sedapnyer....
nk suh owg umah kawe masak laguni jugok lah....perut dh berahi dh ni...huhuhuhu

http://kuncilelaki.blogspot.com

cik cek said...

kechur...kechur tgk udang tu...:)

miszlullaby said...

Dah try petang tadi! Mule-mule ingat nak buat sambal udang, tapi bile nampak resipi cik mat bagi terus tukar. Tapi saye tambah cili giling sikit nak bagi pedas. Hari ni encik tunang datang bukak puase kat rumah, licinnnnn~ Mekaseyh cik mat :)

kak ina kl said...

iyerlah mat..kebetulah pulak..kita saling bertukar resepi..nasib baik tak duduk dekat kalau idak boleh tukar masakan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.