BEN ASHAARI

Monday, July 18, 2011

NASI TOMATO DI AWAL PAGI..ERKK..

P1290928
Salam petang semuaa, ngantuk ni, tau tak mat tak tidur lagi dari malam tadi..huhu, mata tak mo lelap lah, ni siang kalau tidur, bahaya, hangin pus2 datang, ada mat gebu cuti berblog 2 hari. Pagi tadi mat ada up satu status kat FB, nak masak nasi tomato, wahhhh kan main, awal pagi plan memacam, tapi kan, mat ada stok lauk daging beriani dalam freezer jadi ok lah boleh makan dengan ini nasi, cuma perlu buat acar mentah saja. Tapi tulah bawang goreng boleh tak buat..aduhh mengong tul lahh..grrrr, mat ingat ada stok lagi, siap2 masak semua, cari2 habis sudah, bekas dia pun dah siap cuci....keciwaaaa.....

P1290933
Mat buat lebih sikit, kirim untuk anak2 buah. Tapi kan mat kena juga masak nasi putih sikit, sebab bonda nak makan dengan satu masakan ni, yang tu nanti mat cerita dalam entri akan datang. Ada macam2 versi nasi tomato, yang mat punya ni ringkas saja. Mat guna dalam 4 cawan beras basmathi yang direndam 30 minit. Nasi ni masa mula2 masak memang nampak lembap, tapi bila biat betul2 tanak, dia jadi elok dahh...Ok mat tulis resipi dia yea...mengantuk nih, rasa2 macam nak lena je kejap, tapi takutttt...hmmm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, diketuk
2 helai daun pandan
1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
2 1/2 camca besar sos tomato
1 kiub ayam "maggi"
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kismis dan kacang peas untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMIS :-)
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu. Tambah sos tomato dan kacau rata.
  2. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
  3. Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng...

14 comments:

AZTIQAH said...

nak ajak ibu try lah
xkira xkira

laskar pelangi said...

FUH! tahan nafsu makan...ades!

Maya in the blog^^ said...

Baru terjumpa blog mat kat halaman Ben Ashaari, saya enjoy sangat baca blog mat ni. Sebab ada banyak resepi yang bila kita tengok rasa seronok nak memasak.

Nasi tomato ni memang nampak menyelerakan. Seriously lepas ni kalau nak plan masak leh jenguk2 dapur-blog mat ni^^

Salam perkenalan..
www.hijau-is-green.blogspot.com

Aisyah Abdullah said...

sedapnye...nnti nk try buat la...

er..tp blh x klau x letak bunga cengkih,buah pelaga n kismis tu?hihi..

Rozita said...

sedapnya... lawan lauk kenduri pulak tu... best..kurma ke?

JIJI YU said...

abi menjeling resepi ini dgn sebelah mata

~..Lesung Batu..~ said...

waaaaa lama tak makan nasi tomato....

Citarasa Rinduan said...

tu dia.....................

terbaiklah..

cik mat, ayu tengah tunggu follower bertuah cik mat.. 9999

Kjee said...

nak try gak CMG. Ada kawan Kjee, mami penang bagitau orang penang kalau masak nasi tomato guna tomato sup campbells. itu kjee tak pernah try. tapi sure sedap pun kan?

Kjee said...
This comment has been removed by the author.
Sunah Sakura said...

sedapnye pcmmm!

.........cP~ said...

teringat pulak haritu diorang masak nasik ayam kat rumah.. hmm.nasik tomato pun sedap...

Adzriel @ Liza AB said...

wokeh...kak liza dah salin bahan & baca sepintas lalu. tQ MG

Pow Long Wong said...

The nasi tomato come with lot of spices and raisin it ... look very delicious...