BEN ASHAARI

Saturday, July 2, 2011

MI MAGGI GORENG ALA MAMAK..

P1290563
Perghh...mamak pun nangesss...lagi2 ada "mamak" sorang tu, kenal tak, tapi dia mamak KL okeh, blogger gak, yang idung mancung2 tu, yang pemalu meow meow tuu...yang badan besar2 tu, ketul2 macam peha ayam tu...Haa tak kenal, korang ni kann....malas tau nak cerita, tu lahh, alah dia tu...yang berjiran dengan mat gebu....Kenal mat gebu?...haa..tak kenal jugak...kata orang kalau tak kenal si mat, itu tanda2 awal nak dapat "madu"...erkk, pengsannnn >_< . Gurau je jangan marah.. Ok, entri untuk malam ni, nak share satu resipi tersangat senang, tapi sebab mat gebu derhaka, dia jadi nampak macam tersangat susah kan..Releks, susah ni kan untuk orang "malas" jeee..opsss.sori, bukan malas, tapi tak berapa nak rajin..mat pun bukan hari2 rajin, ada kala tak rajin teramat sangat...Ok mat share resipi mudah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi perisa ayam, asingkan dari perencahnya
1 biji kentang saiz kecil, dadu, rebus empuk dan goreng, toskan
8 pokok kuchai, kerat
1 biji telur, pukul sedikit
2 kelopak kobis, potong kecil
4 - 5 ekor udang, dibersihkan
1/4 cawan isi kerang
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 biji tomato kecil, potong 4
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tomato
1/2 camca besar kicap pekat (erkk habis lahh..tak letak)
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mi maggi hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga garing. Kecilkan api, masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau kata.
  2. Tambah kentang, tauhu, udang dan kerang, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, masak sekejap dan hancurkan, gaul rata. Masukkan kicap pekat, perencah maggi, kobis dan gula, kacau rata dan tambah mi maggi tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan tomato, dan hirisan kuchai, gaul. Rasa dan jika kurang masin anda boleh renjiskan sedikit kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas.

11 comments:

Sunah Sakura said...

hohhhhhhh...sapa la tu mamak...ahahaha~

cik gege said...

br pas mkn megi goreng jgk. tp x leh lwan PCM punyer...huhuhu..=)

Udy said...

alah saya baru je buat megi goreng ni..uhuhu..rase cam nak try balik resepi megi goreng mat..

Alexandriana Alia said...

sedapnya maggi goreng resipi MG nih. nampak menyelerakan lah

Mrs D said...

Salam Cik Mat, nak tanya ni.. kalau kita taknak makan maggie goreng tu immediately kan, katalah nak bawak bekal gi opis ke, macam mana yer caranya takmo kasik maggie tu jadi kering?

AI said...

- peberet bujang kecik ku..huhu

Roses_Leo09 said...

udang tu lebih interprem dari mee. emmm ...... sedapnya ......

kedai cinta Raudhah said...

emm,,sedapnyerrr

azila said...

hhahah..cam tau jer:)

Cik Puan Izan❤ said...

tak pernah pun makan megi goreng kat kedai mamak taruk udang mcm ni...

Azma Alina said...

Dah try and pehhh sedap sgt... tq!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.