BEN ASHAARI

Monday, July 11, 2011

MEMANG HABIS IDEA NAK MASAK....

P1290776
Salam petang, huhu, memang blurr betul nak masak, tatau dah..bahan2 mentah yang ada semua mat tak kenan. Tanya abah mat, nak masak apa lah hari ni, dia seperti biasalah, suka hati nkoo lah apa nak masak...terpening sudah, mat tengok apa yang ada, fucuk atau tau kering ada, selalu depa ni suka masak lemak, tu je lah yang aku masak. Janji makan, mat pun tak kesah, aku ada singgang ikan pun ok dah, tapi nanti orang tak nak pulak. Satu kelebihan masak lemak macam ni, anda perlu lauk sampingan yang agak minima, cuma perlu sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin dan nasi panass....settle dah, jomm semak resipi ,senang sangat nih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Fucuk atau tauhu kering secukunya, dipotong kecil
1 camca besar udang kering, rendam
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
200 ml pati santan
1 liter santan cair
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Fucuk direndam hingga lembut, toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih, kalau kurang kuah, tambah sedikit air.
  2. Kemudian masukkan soo hoon (toskan), kacau dan masak sekejap. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula, kacau dan biar mendidih dengan api sederhana sambil dikacau selalu, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkang bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin...

13 comments:

kakchik@ella said...

Ya Rabbi .. sungguh la menggoda!! Mana ikan masin goreng dgn sambal belacannya cik mat??

bersama kak Es said...

tapi tetap la sodappp..
tangan tu tak leh dok diam. ada je nak dimasaknya...huhu

Citarasa Rinduan said...

cik mat..
sungguh tau!!!!!!!!!!

nie dah okeylah nie....
setuju ngam dengan nasi putih, sambal belacan dan ikan masin

tapi.. kesemua diatas ayu lama tak makan, nak curi2 pi sedenak lah..
hahahah

Sis-Lin said...

ermmm makan dgn sambal tumis ikan bilis perghhh shedappppppp!

eh mlm ni x gi Jusco lagi ke? hahahahahhaa

aku nak gi uma ko le pagi esok! boleh ke? hahahahaha

AreMir aLiaS said...

Simple tapi sedap lagi berbaloi dari heavy tapi rasa cam hapeee...kann??
sedapnyaa...nak wat la sok..

JIJI YU said...

yg ni kalo kena dgn ikan rebus goreng pon layan ni

Amir Said said...

wow sedapnya.memang best kalau ada sambal belacan.

CekWa said...

sesuai sgt bila ada sambal belacan leh tambah nasik nih!

wafa azman said...

sedapnyee..ni pn antara favorite jg. kl blk holiday kat Malaysia, mesti mama masakkan..hehee~

che mat, request masak apple pie yg mcm kat McD Malaysia, boleh? ;D

Epull D. Luffy said...

wah.. sedap2.. ni kene cube buat ni...

cekla said...

memang sedap kan,mkn ngn sambl belacan tuh nasi nge kuah pown jadi merah..waaaaaaa sedap nyer...

Ainul Hayat said...

makan ngan ikan sardin masak sambal memang besh

Niena Pengembara Ilahi said...

mesti sedap ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.