BEN ASHAARI

Thursday, July 14, 2011

KALAU DEMAM, MAKAN INI...BOLEH?

P1290838
Assalammualaikum, dah makan tengah hari?..Petang baru masukkan entri, ntah lah rasa malas sangat dah nak masukkan entri. Mat masak sempoi lahh, tu pasal rasa macam tak sesuai je masukkan kat nblog, dah lah tu ulang tayang sekehendak hati...hmm, kadang2 mat rasa mesti ada yang jemu. Macam ni lah, senang cerita blog masak2 ni mat up entri apa yang mat masak hari2, tak kesah lah samada yang ala2 hebat (kononnn lahh) atau yang cincai saja. Hari ni mat masak singgang ikan...paling senang, paling sedap bagi tekak yang tak ok, tak berapa sihat. Selain mudah dimasak, ianya tak remeh... Tak paksa yea, sapa yang sudi silakannn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan kembong batu (ikan kembong jenis pendek2 bersaiz sederhana)
3 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
2 keping asam gelugor (letak 1 pun ok)
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
Air secukupnya
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong batu, disiang, cuci bersih dan toskan. Tuang air secukupnya dalam periuk, anggaran 800 ml, masukkan hirisan bawang, bawang putih, serbuk kunyit, kiub ikan bilis, asam gelugor dn juga cili hijau. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan, tambah garam secukup rasa dan jika suka boleh juga renjiskan sedikit serbuk perasa (mat tak guna sebab dah ada kiub ikan bilis). Masak hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ulam2man....

17 comments:

maizon bt hashim said...

masak camni sedap mkn di waktu tghari dan mesti nak ada sambal belacan pergh... dan ikan masin buat air liur meleleh je

Sunah Sakura said...

demam lagi ye pcm? huhuhu...

JIJI YU said...

papa demam ek..syafakallah papa

kakchik@ella said...

kakchik pun tak bape sehat ni cik mat .. Cik mat .. mkn dgn sambal belacan dan ikan masin syok nih.

sayang said...

mm..nyum nyum..saya suka....
kalau saya masak laun ni saya suka goreng dulu ikannya :)

Nur said...

inilah makanan berkhasiat dan sesuai untuk diet:)

suhaila-ab said...

bukan time demam je CM..makcik makan lauk ni la dari kecik sampai ke tua..tu pasal la badan makcik ni berketul ketul..

aDisH.sHidA said...

SUKA SANGAT2....KALAU DEMAM MMG SHIDA AKAN MINTAK MAK BUAT MASAK AIR NIE

Sharinginfoz said...

sekarang ni raa macam tak sihat aja...

H.J said...

semua ikan sesuai buat singgang ke abang mat??

diana said...

masakan yang mudah dan simple tu la yang paling sedap..:)

Qaseh said...

ms kecik2 mak sy suka masak mcm ni ms sy xsihat.sidap bila hiruppp kuah dia

shida said...

ho3..teringat mak masak lauk sebijik macam nie...especially unt kakak2 ku yg tgh berpantang..juz tuka kepada ikan merah..he3..
sedap!!!!
jmput sggah blog shida..tq :)
http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/8-penyebab-korang-ni-mudah-lupa.html

ema said...

hari-hari menghirup cmni pun sedap.. ;)

http://atehscorpions.blogspot.com/

♥S@R@♥ said...

saya suka lauk ni mkn ng nasi panas2..owh sedapnye..

tapikan ;( walaupun ni menu paling senang..nape bila saya masak sendiri, saya rasa cam xmenjadi je..

tapikan lg.. balik keje ni nak try la lg masak ni..hehe

fazkinchi said...

mak saya panggil ni asam rebus..masam2 pedas..lagi pedas lagi sedap..ada orang letak belimbing buluh kan? sedapnya :)

Sha My heart said...

demam-demam ni teringin pula singgang ni. Nak makan masam2 je.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.