BEN ASHAARI

Friday, July 15, 2011

CUCUR DURIAN GEBU...

P1290883
Salam semua, hmmm, kejap yea, nak tarik nafass dulu, huu penat lah, baru siap kemas2 dapur. Lepas Jumaat tadi pi beli barang2 dapur sikit, biasalah topup stok. Sekarang ni barang semua dah mahal, kalau budget 100, alah hai, ciput noo barang yang dapat, bayangkan kalau kita ada anak2, mereka pulak kalau ikut mesti nak juga shopping walaupun sikit. Lepas beli barang, satu lagi, nak mengemasnya pulak..hadooii, pengsan pakcik macam ni. Tadi petang, hujan, jadi mula lah nak derhaka resipi plak, ni barang2 soping melambak kat dapur, arghhh...malas nak tengok, terus pi ambik derian, bukak dan ambil isinya dalam 1/2 cawan....tujuannya mat nak buat cucur durian gebu, macam dalam gambar tu. Maka terlaksalah...overall ok, not bad, sedap, lembut dan gebu, seakan2 kek sikit dalam dia. Rasa pun tak manis, lemak2 gitu. Jadi mat sharelah resipi, alah biasa2 saja, main cempak2 dan kaco2 siaaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/4 cawan gula halus
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 cawan isi durian, lecek halus
1 1/2 cawan air (atau secukupnya)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas, kecuali air, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng seperti cucur biasa, mat guna 1 camca besar adunan untuk sebiji cucur, goreng 10 - 12 biji sekali buat, bergantung pada saiz kuali. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Hidanglan untuk minum petang...

10 comments:

bersama kak Es said...

memang gebuuuu ..
macam Cucuq Kembung

Along Maklong said...

maklong punya tak gebu macam ni pun..
tapi main hentam je resepinya.. hehe..

Ummiakid @ lily said...

yeayyy..kat rumah ada dorian, nanti boleh buat...nampak menyelerakan...

Kalamhati said...

Bulat dan gebu de vass!hehe

insyaAllah akan cuba..durian byk dorang bawak ke sekolah..huhu rezeki durian

Pn. Sheila said...

em... sedap cucur durian nie... ms kecik dl slu makan... ala bila cmg post ni lg la rindu nk mkn...

fazkinchi said...

ya Allah..gebunya cucur durian ni..geram tengok...

JIJI YU said...

ahahakk..kalo dulu ade taruk sikit tepung penaek

Shaherah said...

serius.. serius terliur.. ^_^

akuanakpahang said...

Salam CMG, mmg best buat saya terliur aje :)

fadh ^_^ said...

kalau goreng seulas2 dengan bijik die lagi sedap. macam cempedak. kalau macam ni cepat muak bile makan. bagi saye la :D
heeeee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.