BEN ASHAARI

Sunday, July 3, 2011

BANANA PUFF.....HAPPY BIRTHDAY "KAK CHIK ELLA"

P1290584
Salam petang semua, tau2 dah petang. Kali nak share satu resipi yang biasa2..Tapi tak juga berapa nak biasa...macam biasa lah kan, mat gebu memang suka buat sesuatu yang biasa menjadi luar biasa hingga anda sendiri tak biasa lihat atau rasa, tapi kena lah biasa-biasakan benda yang tak berapa nak biasa, baru lah terbiasa nanti...erkkk..pening kaaa..hehe, biasalah, tengah mengong, tu pasal merepek jee lebih..

P1290589
Sebenarnya ini plan malam tadi, mat nak buat sesuatu yang agak lain, lepas tu nak makan dengan ais krim. Mat konfiden beno ada ais krim, tadi kan sekali tengok...aduhhh pakcik mat tertipuuu...bekas aiskrim itu tak de dah aiskrim tapi ikan yang telah disiang sebagai gantinya..waaaa..kejiii, tapi tak delah sampai "tanjatt boboi".haha ....Makanya kensel lah plan asal nak makan dengan aiskrim....huhu tak pe lah kurang kolestrol sikit kan.. Hari ni mat nak sampai kan satu ucapan besday padaaaa.....

(Gambar Ehsan Google)

Kak Chik Ella dari blog "Dari Jari-Jari Halusku"...waaaa, hepi besday kak chik, moga panjang usia, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kelak, moga diberkati Allah swt yea....ni ada pantun untuk kak chik..

ANAK BENDAHARA NAMA CIK LELA,
BERKERETA KUDA PERGI KE PEKAN,
SALAM ULANG TAHUN KAK CHIK ELLA,
DIBERKATI ALLAH D.T.S DOAKAN..

Masa untuk resipi pulak...Jommmm layan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping puff pastry jenama "kawan" saiz 4 inci x 4 inci
Hirisan pisang emas secukupnya, anggaran 2 biji, hiris nipis
2 camca teh gula perang @ soft brown sugar'
2 camca besar parutan halus keju cheedar
Kuning telur, untuk disapu
Ais krim vanilla, sebagai bahan sampingan (tak de stok)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil 1 keping puffpastry, buat satu garisan antara bucu pada puff pastry tadi. Kemudian kelar seperti dalam gambar kiri. Kemudian terbalikkan puff tadi dan susun pisang pada bahagian yang tidak berkelar, anggaran 6 keping hirisan pisang.
  2. Tabur 1/2 camca teh gula perang dan 1/2 camca besar parutan keju cheddar. Kemudian lipat, kemaskan dan tekan tepi2nya dengan garfu seperti dalam gambar. Susun dalam loyang pembakar, Buat kaedah sama untuk baki bahan2.
  3. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Jika oven anda ada kipan, boleh on kan masa membakar puff pastry. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....Selamat mencuba..

9 comments:

nonierahman said...

sedapnya...cheese+pisang..boleh try la pas nie.. :)

kakchik@ella said...

alahaiiii .. siap pantun lagi. mekaceh cik mat. terharu. sob .. sob ..

JIJI YU said...

pakcik matttttttttttttttt.....ekeke..lebiyu..
http://nesloo.blogspot.com/2011/07/pakcik-mat-gebu-nak-berskandal-ngan-aku.html

Sis-Lin said...

ermmm sedapnya makan bersama air kopiO mak yah...kembang tekak yg kering nie..huhuhu

Mat...ko memanggggggggg..lapoooooooo aku!

Pstt..takde entry khas owang bersalin punya masakan ke? hehehhe

Soo Hae Daa said...

salam cik mat...

best la resepi2 cik mat ni...sy suke sbb bhn2 nye mudah..dan sedap...like like like... =))

niena shopping2u said...

alahai... siap berpantun2 lgi...
best btul ..wlau rspi nye mudah tpi sy tetap xleh wat :/

http://www.my-shopping2u.com/2011/07/islam-itu-indah-dan-mudah.html

Kak Rose said...

mattttt... gebusnya merekah berlapis2 gitu. jeles akk rose taw!

suha said...

buat perut cik suha lapar je (^_^)

Lieyly ︱ Alia said...

wahh sedap tgok :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.