BEN ASHAARI

Thursday, July 21, 2011

AYAM GORENG KICAP..UNTUK ANAK2..

P1300019
Malam semuaaa....kena lah kan, masak kicap letak entri malam sebab dia gelap...boleh macam tu?. Ini mat masak untuk anak2, mana budak2 pun memang feberet masak kicap ni, tapi dengan satu syarat, takmo pedas. Secara amnya, ayam sebelum masak kicap, kita kasi goreng dulu kan, belakang baru masak kicap dan sebagainya. Pada mat, ayam perlu digoreng lembap2, jangan garing, nanti dia jadi keras kejung, masa makan pun dalam dia tak lembap dah, kering saja. Kalau orang jawa, masak kicap antara lauk wajib dalam penyediaan nasi ambeng, cuma masak kicap mereka agak kering. Mat masak sedikit berkuah, maklumlah, anak2 nikan suka gaul2 sama nasi dia nya kuah tu. Kalau kita perhatikan, macam kaedah orang memasak, ada tu letak sedikit rempah ratus, ada tu pulak ditumis sedikit cili kisar. Tapi versi mat gebu ni very simple dan sekelip mata saja dah siap....Tak caya, cer tengok resipi kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam potong pada saiz sederhana
2 batang leek, dibersihkan, kerat2 dan rendam
1/2 biji red capsicum, didadu
2 biji bawang besar, potong bulat
4 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris halus
1/2 cawan air
1/3 cawan kicap manis
1/2 camca teh serbuk lada hitam (optional)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, perap sekejap dan goreng dengn api sederhana hingga ayam masak, jangan sampi garing, bagi dia embal2 sudah memadai. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bawang besar, bawang putih, leek (toskan) dan halia hingga harum. Masukkan sos tiram, kacau dan tuang air. Masukkan kicap. Biar mendidih.
  3. Masukkan ayam tadi bersama capsicum dan serbuk lada hitam (jika guna) kacau rata dan biar mendidih hingga pekat. Ini bergantung jika anda nak kuah lebih boleh tambah air atau nak pekat boleh masak hingga pekat. Akhir sekali tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan....

18 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

aghhhhhhhhhhh!!!! pebret saya!!!

JIJI YU said...

hah sopannya engko yuyu

Sunah Sakura said...

ehhhhh, tadi kami makan ni gakkk! tapi letak taucu...

NaniRostam said...

Salam En Mat Gebu...lama tak komen mengomen ya kita....ok ayam masak kicap yang en mat masak ni orang jawa panggil MASAK SEMUR ini peberet saya....tetapi versi saya letak SANTAN.....

Sis-Lin said...

nmpk sedap..itam..likat dan pekat...
*saya anak2 juga..hehehehehe

CT Delima said...

as'salam Mat

kalau kat rumah CM suka letak rempah sikit, ikut resipi mak dialah. Tapi kak ct dok suka tambah sikit cili kisar, ikut resipi arwah mak kita pulak kasi dia umphh sikit...hihihi

aesh came said...

sedap2 bukan anak3 je...bapak2 pun suke..msk ni licin je kuali~

HaSue said...

Kalo versi saya lak kan cik mat..tak perlu goreng dulu..terus tumis ngan perencah tu skali tp tunggu jus ayam tu nak kering baru tambah air n tunggu empuk..dgn begini rempah semua meresap je rasanya..hehe..apa2pun cara kite memasaknya rasanya x jauh beza gak kot rasa masak kicap nih..lenkali leh cuba stail org johor lak..

p/s:anak2 tu merujuk anak2 buah la yer?hehe

sayasukaarnab said...

telan air liur jela..hehe

Ayuni Nadzeri said...

Salam.

Kalau bukak blog cik mat ni asyk perutku bunyik jek.

Lahai~

Isteri Encek Bard said...

semalam buat ikan goreng kicap. lama tak amkan...

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

memang sedap...tak yah makan ngan menu lain makan nasi ngan ayam kicap ni boleh abih 2,3 pinggan nasik tau....

azrinna said...

Betul kata Kak Nani tu! Orang jawa panggil semur.

azila said...

ni yg buat berbelah bahagi nak masak mana satu nih en mat...suma sedapp:)

rosmina samin said...

PCM :) nak ambik resepi ni :) nak try test hehehe

Farah said...

Terima kasih kongsi resepi. Memang sedap. Saya takda capsicum jadi saya tumis carrot sekali dengan bumbu yang lain.
On a different note, resepi ni takda oyster sauce dalam ingredients tapi ada disebut dalam methods.
Saya agak-agak saja but to be even more accurate, boleh saya tahu banyak mana oyster sauce yang patut digunakan?

muslimah Sg said...

Aduh maaf tolong beritahu apa tu leek ya? T kasih. Saya suka lauk ini!

muslimah Sg said...

Aduh maaf boleh beritahu apa itu leek? Says suka lauk ini :-)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.