BEN ASHAARI

Monday, July 4, 2011

AIR HALIA......BOM PUN MELETOP!!!

P1290637
Salam semuaa...weee weett...haha, adehh pening, tengah sakit molot ni, tapi berblog kan guna "jejari's"..molot not working lah at this moment kan. Tadi petang, chat sama Puan Azila, kami bincang2 pasal sesuatu, lepas tu dia nak buat, tapi tak pe biar mat buat dulu, benda ni bagus, yelah mana angin2 yang tak lepas tu kan, cer minum, insya Allah memang melepas punya lah, cuma ada juga susahnya, time nak mengerjakan tuntutan agama, takut tu jam meletop juga., hadoi tak sanggup kan...Dan hari tu Ben ada juga tanya pasal air halia, mat letak resipi yang mat pernah lah buat dan aku rasa sedap..tatau lah tekak orang lain kan....

P1290630
Cara anda menikmatinya juga terpulang, nak yang hangat atau yang sejuk. Kalau yang sejuk tu dan jika anda suka, boleh tambah sedikit minuman ice-cream soda, yang tu agak2 lah, jangan banyak sangat, cuma nak bagi "kick" dia, masa minum macam ada "karen-karen" sikit, menangkap2 gitu kat tekak....tanjatt bobott!!. Untuk yang hangat tu tak payah letaklah, nikmatinya begitu saja. Kalau anda nak letak madu pun tak de masalah, dan boleh omit gula pasir. Tahap kemanisan tu pun bergantung, tapi pada mat manis sikit2 sudah lah.. Ok kita semak resipi mudah sangat ni, lepas tu samalah kita "meletop"..okeh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 ml air
1 inci halia tua
1 camca besar gula merah@gula melaka
Gula pasir @ madu secukup rasa
Ais kiub secukupnya
Ais krim soda secukupnya (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Halia dibuang kulit dan hiris nipis2. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih dan gula hancur. Matikan api dan biar suam. Tapis ke dalam bekas sesuai.
  2. Tambah gula atau madu secukup rasa. Untuk hidangan sejuk, letak ais kiub dalam gelas, tuang ice creamsoda anggaran 50 ml dan tuang air halia memenuhi gelas. Hidangkan sejuk.
  3. Untuk panas, anda boleh panaskan semula air halia tadi atau hidangkan suam2 tanpa mencampur ice-cream soda tadi. Selamat mencuba!.

16 comments:

BEN ASHAARI said...

waaahhh... boooboottt.... tanjat beben tau bobot buat entri air halia ni.. tapi nape beben buat jadi air peria ???

niena shopping2u said...

hehehe...jgn minum bla bukak pose nanti ye,nnti xleh nk gi terawih lak..

erm.. suka minum air halia, rasa hilang bisa2 lam badan :D

Cik Kamoo said...

wah boleh try nie.....

KayNisa said...

slalu minum secawan air halia + 1/4 sudu serbuk kayu manis. bukan sj leh buang angin malah leh buang toxin..insyaAllah. ssuai jugak utk org high-blood pressure.

lps ni leh try cara pokcik mat pulak..tmbh air soda, biar terkaren2 sket..keh3

JIJI YU said...

bahay ni..maunye mabuk terbau bom tu..

Hana Soffelia said...

Nampak mcm sedap tp tak sanggup lg nk minum air halia ni.. errr..

Mat Gebu said...

@ ben - erkk..esok buat air halia ni yea beben..

@ niena - hahah, betul2, menembak memanjangkan..

@ cik kamoo - kalau kembong perut kan, sesuai, tapi kalau kembong lagi satu jangan buat keje...haha..

@ kay nisa - waa, terima kasih, sudi share..orait nanti cer letak kayu manis plak...

@ jiji - kena lah hagak2 minum, kalau telan satu juga, sah2 api biru gas yang keluar tu nanti.

@ Hana - laa, try lah sikit, dia macam teh serbat je, kalau u minum kan, nanti rasa badan hangat dan segar..

CT Delima said...

As'salam Mat

bagus ni mat minum air halia. kalau lin yang minum sure mesti kuat meletop dia.. hahaha.

kalau lin baca ni habis kak ct ko ni kena..hehehe

azila said...

erk..bila masanya beben buat air halia?heheh..halia tu sure xtertukar ngan kunyit ek..heheh

Mat Gebu said...

@ kak ct - hahaha, esok2 dtg saya buat bagi linn minum, mesti bergegar bukit indah kan....

@ azila - Waaa, bertukar air kunyit dan jadi minuman utk orang bersalin.. haha tanjatt bobott!!..

Sis-Lin said...

Yg ni memang aku tak berani nak minum..aku klu dh meletop..bukan sikit2 punya mat...siap dgn aroma sekali..payah kang nak bt kerja baik yg maruah atau yg wajib..huhuhuhu

agak2 klu sembelit bru aku minum..heheheh

Sis-Lin said...

CMG & Kak CT...
weiiiiiiiii amboiii...hang dgn kak Ct macam dah tau2 yek..ko jgn bg aku minum mat..ada kang meletop bergegar rumah ko...tp seisi rumah tutup idonggggggg!

Snuze said...

Kecur air liur! Nanti hujung minggu nak cuba lah buat yang sejuk punya.

TImacih!

Cik Puan Izan❤ said...

air halia pulak yer...boleh cuba ni...

resipe-masak-makan said...

Jangan air halia bara sudah, nanti badan yang membara,dont you cik mat.

syahira ariff said...

ni rasa nak blk msia ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.