BEN ASHAARI

Saturday, June 25, 2011

UDANG SAMBAL BELACAN

P1290386
Salam tengah hari semua, apa khabar..Mat kurang sihat sikit, sejak malam tadi sakit gigi...grr, geramm okeh. Nasib baik ada ubat, jadi masa mat tulis ni kesakitan dah kurang 70%...legaa, kalau tak muka semua ketat, masa sakit tadi, mat memang tak boleh nak fokus, pipi semua rasa tembam je, kepala pulak berdenyut2 seiring dengan denyutan kat gigi tu...huhu. Mat walaupun tak sehat macam mana, kena juga masak, hmmm, tak pelah, jangan aku tak larat nak bangun sudah lah kan. Ni hari mat masak satu resipi peranakan baba nyonya, dulu pernah kot masak, ntah lupa sudah. Resipi dari Chef Florence Tan, dia ni antara tukang masak yang mat minati, kerja berhalus, cakap pun pandey sekali, dengan lenggok bahasa melayu-baba dia..

P1290390
Mat masak dalam 12 ekor udang bersaiz sederhana, tak payah buang kulit, cukup kita kerat hujung kepala dia, buang kaki2 dan janggut, cuci bersih dan ketpikan. Untuk sambal belacan tu anda boleh buat awal dan pastikan simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan bersama nasi dan bubur, kalau nak meratah macam tu saja pun sedap...manis. Sebelum semak resipi nak pantun sama luu orang dulu ek...

DARA MUDA BERKEBAYA NYONYA,
DUDUK SOPAN MAKAN LAKSA,
MASAKAN PRANAKAN TIADA DUANYA,
NAK TAU SEDAP KENALAH RASA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar
3 camca besar sambal belacan *(*resipi dibawah)
2 helai daun limau purut
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi"
2 -3 biji limau kasturi, ambik jusnya
Sedikit gula

*BAHAN SAMBAL BELACAN :-)
100 gram cili merah (atau nak campur cili padi pun boleh)
50 gram belacan, dibakar
Perahan jus limau kasturi secukupnya
Secubit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tunbuk hancur semua bahan2 untuk sambal belacan, kecuali jus limau, kemudian tambah jus limau kasturi secukupnya, kacau rata dan alih ke dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. Udang, dikerat sedikit hujungnya, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng 30 saat dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan.
  3. Tumis sambal belacan hingga harum, masukkan kiub ikan bilis, daun limau purut, gula dan kacau rata. Masukkan udang, gaul hingga rata dan mesra. Masukkan jus limau kasturi, yang ni ikut rasa yang anda inginkan. Matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat..

15 comments:

pRiNCe said...

sedapnya..abg mat..nak satu boley?

Mat Gebu said...

@ prince - bolehhh..sila2..

laskar pelangi said...

fuh! terliur dah nie...cam mana nie

Iffah Afeefah said...

mcm sedap

unik resepi ni

kene cube

Kjee said...

wah boleh try ni. selalu sambal belacan kalau tak habis, buang jer. tq for recipe CMG.

kakchik@ella said...

senangnya cik mat. wahhh .. boleh la cuba.

Jemarioren said...

duduk sopan makan laksa
laksa che mat peh sedap giler
nak tau sedap kenalah rasa
rasa sekali nak tapau semua

bonda_tie said...

lapar lapar lapar.

arryani said...

cik mat ni.. kalo msk..tk pnh nmpk tk sdp!!ehehe

Kak Rose said...

mat, kang hilang sakit gg, menggaru lak pas ni ya... jgn lupa makan ubat dulu ek!

Sunah Sakura said...

pcm.....

kenapa mangkuk kat belakang tu nak terbalik?

meaw said...

abg mat .... makan ubat tau....... letak bonjela kat gigi pon okay jugak, hehe...

Miss Lolly said...

aduhhhh dahla bekas cantik..makanan tu memang membuat perut sakit je rasenye..kalaula ada peti ais kat umah ni..memang dah buat dah =P

AdyBudika said...

cantik gak pinggan tu..mane ko dapat mat? urmm..nak macam pinggan tu gak la

AdyBudika said...

aha la amt..baru aku pasan..magkuk kat belakang tu terletak lain mcam jer..urmmm

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.