BEN ASHAARI

Tuesday, June 21, 2011

RICH MOCHA CAKE.

P1290281
Salam malam, sebelum lena dibuai mimpi2 indah, mari kita cuci mata dulu dengan entri terakhir malam ni. Mat buat kek tadi, saja lah, bukan nak makan sangat, tapi sebab tergatal nak buat, boleh juga isi dalam blog. Bila siap tadi mat potong dan bagi kat anak2 buah..Yang bapak buah makan 1 hiris cukup lahhh,..kita kan dah tua. Kek ni asalnya mat ambik dalam buku Alex Goh, tapi kan seperti biasalah mat derhaka sikit, ikut bahan2 yang ada kat rumah. Serius cakap, kek ni lembut, sedap dan...dan...dan...ohh heaven..pengsaannn >_< , selamat 1 hiris tadi, tu je had dia yea, kan dah malam ni.....

P1290286
Mat buat 1/2 dari adunan dalam resipi asal. Lain kali kalau ada tetamu mat nak buat lah. Dalam kek tu kita letak coklat, mat guna dark rich chocolate, mat dadu kecil dan campur kan sekali, hmm. Lagi satu untuk kek ni mat guna mentega S . C . S...kalau buttercup pun ok, ikut pilihan masing2 yea, tapi kalau mat, memang syor kan S.C.S atau pun Anchor, kalau dulu Golden Churn menjadi pilihan mat..hmm tapi tu lah status dia masih diragui, jadi kita pun was2 nak guna..hmmm., ok sekarang mat share resipi kek yang sedap nih....jomm!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi (S.C.S atau Anchor dll..)
115 gram gula kastor
1/4 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh perisa mocha
2 biji telur gred A
75 ml whipping cream, tak payah diputar
50 gram dark chocolate, dadu kecil
150 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)*
Secubit soda bicarbonate*(*digaul dan ayak 3 kali)
Badam keping untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser 3 tin kecil berukuran 4 inci x 2.5 inci x 2.5 inci atau guna acuan kegemaran anda. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang, jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan whipping cream, hingga habis, putar rata.
  3. Tambah esen vanilla, perisa mocha dan coklat cincang, putar sekejap pada kelajuan perlahan hingga rata. Tuang dalam bekas, tabur badan cincang dan bakar selama25 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan dan hidangkan..

15 comments:

Ummi said...

Yuhuuuuu...sakan goyang2 petang tadi eks...lalu terjadi la kek lembut menawan ni eh....akak nak 2 potong eh...

Nieda said...

akak teringin nak buat juga. terpegun dgn kegebuannya.

Nieda said...

akak teringin nak buat juga. terpegun dgn kegebuannya.

Ummiakid @ lily said...

akan buat jugak...nak rasai ohhh heaven pengsannn tu cemana...gebu kek tu ekk..

ibundo said...

salam pagi mat. mohon ambil resepi ni. looks good. surely it tastes great..

Sis-Lin said...

aku dh agak dah smlm ko bt kek..he he he...
asal boring je mesti bt kek...

Mat lama ko x bt pengat kan..cuba bt mat pengat sagu ke..pisang ke...labu ke...keledek ke...jgn lupa bijik katak!

Junie Octovian said...

Whateva the taste of ur cake, I don't care...but what attract me most is ur 'tea sets'. Mana jumpa Mat?

Zulfikar Hazri said...

ko pernah makan biscuit tee tak? atau biscot-T?

Muslimah Avenue said...

Mesti try nih... sy suka resepi drhaka MG terutama bab kurgkan gula sbb sy pn jenis x suka manis2 :)

SNACK HOUSE said...

pandangan pertama pada keknya langsung jatuh cinta,mau langsung bikin aahh...ijin contek ya...

misscha said...

olla dts, blogger baru...time kaseh kongsi resepi,.....suke3

Mak Wardah said...

tqvm. silent reader yg dah berkurun lamanya. Best sgt kek ni tapi yg mahal cawan ngan jug tu..ingat zaman kecik2 dolu.

Ibu Darwisy said...

rajin betul che mat ni..

aeyla said...

Salam perkenalan.tertarik betul ngan resepi ni.brg2 nk buat pun ade.tp tgk2 whipping cream xpired pulak.bolh ganti dgn fresh milk tak? Or ade cdgn lain?

ismabaizita said...

Nak buat lah jugak...tq kongsi ilmu ye!