BEN ASHAARI

Thursday, June 23, 2011

KUEH KASWI GANDUM..

P1290356
Assalammualaikum....entri terakhir untuk malam ni mat share resipi kueh kaswi atau kueh kosui. Kueh tradisi orang2 melayu dan peranakan ini dihidangkan dengan kelapa parut. Yang pasti kueh kena dibiarkan betul2 sejuk sebelum dipotong dan disalut dengan kelapa parut putih yang digaul sedikit garam. Resipi mat ambik dari blog Kak Yatie, sorang blogger masak2 yang menetap di Johor, bukan nak puji, kak yatie ni memang rajin membuat kueh2 talam dan boleh digelar "Ratu Kueh Talam"..kan kak. Resipi asal dari Chef Hanieliza @ Kak Liza.. Ok mat share resipi dia kat sini yea. Kalau anda penduduk rumah tak ramai sila buat 1/2 dari resipi dibawah ini....Jommm salin resipi.

BAHAN A :-)
5 cawan air
1 cawan gula merah @ gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat (mat guna 3/4 camca teh kicap pekat)

BAHAN B :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 camca teh air abu (boleh guna air kapur)
Kelapa parut putih, pilih kelapa muda sedikit yang berkulit basah
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna coklat atau kicap pekat.
  3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapi adunan tadi dan masukkan air abu, kacau rata.
  4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30 minit atau hingga masak. (mat kukus 35 minit). Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!!

18 comments:

Sunah Sakura said...

sedapnyeeeeeeeeeee~ rindu kat kueh mak...

bersama kak Es said...

Che mat tak tabur kacang kat atas..
ke taik minyak ke .. hehehe

slumberdek said...

sedap nih kueh goni sayo brehi bena....makan pagi2 ummm maklos la

Nieza said...

cantik potongan kuih tu...yg pastinya sedap..:)

slumberdek said...

kalau mak sayo dia tarut kapor makan sedikit.

Iffah Afeefah said...

tgn ade magic

sume cantik!

Yatie said...

sedapnya kuih kaswi ni...betullah kata Iffah tu....kalau jatuh ketangan Mat apa2 resepi..semuanya jadi lebih menarik..tangan magic...hehehehe..

Citarasa Rinduan said...

cik mat..
ayu setuju sangat2 kak yatie mmg ratu talam..
kuih tradisional tu

cik mat....
ada lagi simpanan kan??
nak sikit!!

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam che mat.Sedap kueh kasui dgn kelapakan.

dira said...

huii..terliur tgk..!
..::ALMOST ABOUT ME::..

ShashaCatering said...

Thanks for sharing.

Sekali sekala makan kuih kosui ni sedap jugak ;)

JIJI YU said...

manis tak

Norhafiza said...

mak ai...ni mmg peberet No la..anak2 pun suka...tengok tu..comel je abgMat buat, nampak cukup mengiurkan hihi

Lelord said...

sedap2...nk buat yg malas huhhu

CMG penah dengar daun tangki tak?
http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2011/06/tentang-daun-tangki.html

mcm ni lah said...

mcm kek hepi besday

NuReLLe said...

family kite panggil kueh kentut..hee..letak kapur sikit..:)

yen said...

terima kasih. Memang sedap dan mudah resipi nie.

fabulousnana said...

Sedap nih. Nak try resepi cik mat pula.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.