BEN ASHAARI

Wednesday, June 22, 2011

IKAN BAWAL TUMIS TEMPOYAK.

P1290305
Petang semua, ok nak letak satu enteri yang betul2 kasi bukak selera sama penggemar tempoyak sedunia. Ini satu masakan paling senang dan sedap. Mat guna ikan bawal putih, anda boleh ganti dengan apa2 ikan kegemaran. Kalau ikan tilapia pun ok rasanya, tapi mat lagi suka ikan bawal ni, tak pun ikan kembong. Bila kita masak macam ni, kadang kala ikan yang daging dia agak tawar pun akan berasa sedap. Aduhh ngantuknya mata, masa menulis ni tersenggut2. Kalau tidur kang hangin satu badan, tu yang malas....ok sebelum tahap kemengantukkan bertambah, elok mat tulis resipi dia yea...Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan bawal putih, disiang dan cuci bersih*
Sedikit kunyit serbuk*
Sedikit garam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit, mayang halus, tinggal kan sedikit untuk hiasa
2 biji cili padi, hiris halus, untuk hiasan
1 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*
20 biji cili padi merah thai*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal digoreng hingga kuning keemasan. Angkat, toskan dan susun dalam bekas sesuai. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan tempoyak, asam gelugor, garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
  2. Masak dengan api kecil hingga garing. Masukkan daun kunyit hiris, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan bawal tadi dan ratakan. Tabur dengan hirisan cili padi dan juga hirisan daun kunyit yang diasingkan tadi. Hidangkan segera...

11 comments:

Lina said...

Nampak sedap jer.. ikan bawal Cik Mat mcm kesejukan jer.. berselimut tebal.. hehe

Ummiakid @ lily said...

tempoyak le pulak CM ni...molek bawal tu bersalut.

shinobee46 said...

den tak makan tempoyak. tapi ikan bawal favret. camna nih

JIJI YU said...

ahaha...ni pestaim tau ni..boleh suh umi wat ni

AI said...

- tempoyak le best...lagi2 cmg yg masak...terlior suda...

Mas said...

meleleh air liur mas nengoknya....
pernah try resepi ikan goreng tempoyak cmg...
memang best ....
nak try gak la resepi ni....

naimah said...

tempoyak memang my fav saya cmg..masaklah ape pun.. ambo belasah jer :>

Sis-Lin said...

cantik molek je tersusun ikan ko tu mat..he he he
cedapppp!

ShashaCatering said...

Wah!
Saya suka ni. Sedaap sangaaat...
Cik Mat, thanks for sharing.
What a good idea. I like ;)

abdullah gazali said...

hohoho .. baca perkataan tempoyak je dah terliur..peminat tempoyak !!

Ibu Darwisy said...

mane nak carik tempoyak ni..leh wat buka puasa nnti..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.