BEN ASHAARI

Sunday, June 5, 2011

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI..

P1280740
Cakkk!!..haha, buat apa tu, pi jemputan orang kawen ke?..Kan cuti sekolah macam ni masa orang melangsungkan perkahwinan. Kadang2 mat tengok, orang melayu ni walaupun harga barang semakin mahal, depa tetap mengadakan majlis perkahwinan dengan meriah. Yelah kan mungkin mereka memang dah ketepikan budget yang mencukupi. Kalau di belah Johor selalunya kerja kawen akan disertakan dengan sedikit hiburan terutamanta nyanyian Ghazal, Zapin dan ada tu mereka mengadakan tarian kuda kepang, yang ini bagi mereka yang berketurunan Jawa, tapi bukan semua lah. Kalau ghazal, mat suka, yelah sebagai anak Johor sedikit sebanyak kita harus ada minat dengan budaya sendiri.. Ok jom semak resipi ni, mat masak ni sebab teringat kat Ady Budika, yang memang gemar makan masak lemak cili padi, jadi merasalah dia makan semalam...huhu, mat tulis resipi mudah....Opss sebelum tu jom undi DTS kat sini...Terima kasihh!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 16 - 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
5 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
6 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi hijau thai
15 tangkai cili padi merah thai
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan ayam, kentang (toskan), serai dan bahan kisar dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang santan cair, dan masak hingga kentang 3/4 lembut. Tambah asam gelugor, dan tuang pati santan.
  2. Masak dengan api perlahan hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa dab secubit gula. Masukkan daun kunyit dan masak sekejap dengan api sederhana sambik dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..

8 comments:

Sunah Mohammad said...

itu macam semalam punyeeee jeeee... :p

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kegemaran saya.syok mkn dgn ulam..terliur!!

Mat Gebu said...

@ sunah - hahaha..haipppp!!!...

@ LM - yeahh betul2...

ajwa said...

My feveret...kekadang suka bubuh biji ketumbar tumbuk dlm ayam masak lomak cili api ni.

CT NoArIzAh ArIs said...

Aikksss...sama lak menu kita hari minggu hari tu ya..hehe!!

Zaitun Palestine said...

Saya nak cuba dulu, kalau tak jadi kena tanay chef.

Yuyu Zulaikha said...

Lapar :-(

Sri Rohaya said...

nda ku sabar kn ncuba .. thx