SAMBAL IKAN BUNGA KANTAN

P1280729
Salam petang semua, buat apa tuu..duduk melopong anak beranak ke?..Adehh terkeji pulak nanya macam tu, eh tapi ada juga yang petang2 ni duduk berkumpul anak beranak, sambil minum teh dan makan pisang goreng. Kalau kat kampung, petang2 macam ni, kena pulak hujan, hmm rebus ubi, ada sambal tumis...perghh melelehhh beb!. Kali ni mat share satu lagi resipi mudah, ikan tu terpulang nak guna ikan apa, mat guna kan senangin, kalau anda nak guna ikan kembong pun ok, bawal pun sedap..kalau ikan siakap pun ok rasanya.....mat tulis resipi mudah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan senangin atau ikan pilihan, siang dan cuci bersh*
Sedikit serbuk kunyit*
Garam secukup rasa*
Serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 20 minit)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan bunga kantan untuk hiasan
4 biji limau kasturi

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji cili merah
6 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Secubit belacan
1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing, guna api sederhana dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api....
  3. Curah sambal tadi atas ikan goreng dan hias dengan hirisan bunga kantan dan hidangkan segera...hmmm..

Post a Comment

7 Comments

  1. Cantiknya sambal disusun di atas ikan...

    ReplyDelete
  2. Erk? susun ya? ditabur kot..sori Cik Mat..salah bahasa la

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa...pasti terangkat ni kan?

    ReplyDelete
  4. kebetulan...baru je buat, lebih kurang gini la jugak

    ReplyDelete
  5. wow, firstime dengar ni sambal buh daun kantan. terus terbau daun kantan. mcm best je. kene try ni. tq mat.

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.