BEN ASHAARI

Sunday, May 8, 2011

TELUR MASAK TAUCHO..

P1280088
Salam tengah hari, hmm dah siap masak?..Hari ni mat masak yang ringkas2, sebab lauk semalam ada lagi kan, jadi kita habiskan dan mat masak sedikit lah sebagai tambahan dalam menu. Pening juga tatau apa lah yang sedap ditekak ni. Cuaca pun panas, pening pala, satu lagi sejak beberapa hari ni, air paip kecikkk nooo. Kalau tak bangun jam 5 pagi, cuci baju, sahh lahh tak mencuci. Nasib baik lah mat gebu ni jenis pagi2 dah celik, ada tu celik terus tak tidur..haha. Kali ni masak yang simple, telur masak taucho, resipi asal dari kak ayu S'pore, tapi mat ambik kat rumah kak nor secubitgaram. Mat tambah leek saja dalam resipi, yang lain semua ikut 100%. Terima kasih pada mereka berdua...Ok jomm semak resipi..Eh, nak tanya u all dah join ke GA blogger Eqbal Z tuu, kalau belum sila klik sini yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 5 biji telur (mat guna 4 biji)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 batang leeh, hiris dan rendam
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/2 inci halia muda, hiris
1 camca besar taucho
Sedikit jus asam jawa
1/2 camca teh gula pasir
Garam, jika perlu
1/2 cawan air panas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata lembu, tapi jangan sampai merahnya keras (kalau nak keras pun boleh, ikut suka hati memasing). Buat hingga siap, dan susun dalam bekas sesuai, ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingg harum, masukkan taucho dan tumis hingga harum, guna api kecil. Tambah air panas jika kelihatan kering. Tuang jus asam jawa dan masukkan leek (toskan). Biar masak sekejap.
  3. Masukkan gula dan biar mandidih, rasa, jika perlu tambah garam sedikit, berhati2 kerana taucho sedia kala masin. Bila ok curah atas telur tadi, hidangkan segera....

4 comments:

J.Syazwana said...

sedapnya !!
ayah kite pon selalu jugak masak taucu ni :)

mas saari said...

sedap!!

mamawana said...

Assalam,

Maaflaah... saya tak pandai masak. Leek tu aper ya? Tolong terjemahkan. Nampak sedap tolur masak tauchu nih.

Mat Gebu said...

@ J - pakcik mat baru pestima masak mcm ni..sedap juga kan..

@ mas - betul sedap, makan dengan nasi panas..

@ mamawana - leek tu kan sejenia batang bawang saiz besar..try search kat google pic..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.