BEN ASHAARI

Sunday, May 15, 2011

SPAGHETTI ANGEL HAIR DALAM KUAH KARI..

P1280259
Salam semua, dah makan tengah hari?..Mat terlewat letak entri dalam blog DTS, bukan apa pagi masa agak ketat, jadi sekarang ni ada masa terluang, mat letak lah satu entri yang sepatutnya sarapan mat pagi tadi..hmmm, tak pe kan. Kali ni mat try guna spaghetti angel hair yang dimakan bersama kuah kari..haipp kuah kari baru bikin punya yeaa, bukan recycle..haha, ni kalau tak sebut, Ady nanti dia tanya mat, tu semalam punya ke..hadoi memang nak kena cabik mulut tuu kann.. Mat buat untuk 2 orang makan, pes rempah kari tu mat asingkan sedikit masa masa kari ayam tempoh hari, bukan apa, mmg mat plan nak masak lain untuk dimakan bersama spaghetti rambut malaikat nih. Ok jom semak resipi, kalau ada masa jangan lupa vote DTS di sini yeaa...terima kasihh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram angel yang belum direbus
2 batang jejari ketam
1 keping dada ayam
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar
1 pelepah daun kari
1 cawan santan
3 cawan air
1 1/2 camca besar pes kari (boleh rujuk di sini...)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun salad, untuk hiasan
Hirisan daun sup. untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
1 keping tauhu, goreng dan hiris kecil
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti angel hair dalam air mendidih bergaram hingga lembut. toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili kisar hingga harum, masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air dan biar mendidih.
  3. Tambah santan pekat, jejari ketam dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Ayam dikeluarkan dan siat kecil.
  4. Isikan spaghetti tadi dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama bahan lain, tabur ayam yang disiat dan bahan2 untuk hiasan. Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi...

6 comments:

Ummi said...

Yuhuuuuuuuuu....waaaa komain kooo...tengah2 hari ko makan ala mat salleh eh Mat...awat, dah talak sambal belacan dgn asam pedas ke...hehehhee

yatie Awang said...

memang sedap...tp nak tukar mi lah

d_LA said...

gulp!!!lapar tgk..hehe

Sunah Mohammad said...

waaaaaaaaaaaa...sarapan pagi kita samalahhh...hahahaha~ pasta jugak! :p

Spaghetti Goreng Dengan Jus Lemon

bersama kak Es said...

wah mix blood lah
inggeris + melayu = pasta kari

;)

Sis-Lin said...

amboiii nama respi..angel hair koooo....heheheheh mesti time makan ala2 mcm fairy tale je kan....kekekeke

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.