BEN ASHAARI

Saturday, May 14, 2011

KARI AYAM KERISIK...KLASIK

P1280229
Salam pagi Sabtu, salam muhibbah dari DTS, sebab apa mat kata macam tu, baru ni mat dapat email, yang blog DTS ini turut dikunjungi oleh orang2 Cina, terutama orang2 peranakan, dan juga teman serantau kita dari Indonesia...Terima kasih mat pada mereka semua. Semalam blog ada masalah kan, tak dapat nak log in, alhamdulillah hari ni macam dah ok, tatau lah nanti2. Sepatutnya entri kari ayam kerisik...klasik ni, mat masukkan semalam, tapi anda semua pun faham masalahnya, maka mat letak lah pagi ni....Tak kesah kan kari ayam, walaupun dah banyak ulang tayang. Ok sebelum mat letak tu, apa kata anda vote DTS kat sini......terima kasih yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayan, kerat ikut suka, mat potong 18
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap satu dan rendam
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1/4 cawan cili kisar
4 camca besar penuh rempah kari
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar kerisik
1/2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 pelepah daun kari, asingkan dari tangkainya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, dan toskan. Satukan bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisat dan tumis hingga garing. Masukkan rempah pes rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam dan ubi kentang (toskan) dan gaul rata dan biar ayam sedikit kecut. Tuang santan cair dan masak hingga kentang empuk. Masuk kerisik. Kacau perlahan.
  4. Tuang pati santan, masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Biar mendidih perlahan sambil dikacau perlahan. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti atau roti canai/prata...

4 comments:

Adib said...

tiba2 teringat gulai ayam kerisik nenek pulak..nyum..nyum..

Kakzakie said...

Semalam memang blog.com bagi cuti semua org. Bagus juga hari ini cuti kerja boleh cuba masak kari ini....

~~zAnAfAhMi~~ said...

waa..lepas ni saya masak ayam kari guna kerisik pulak, ikut mcm CMG...oh ye, dah vote tau.

kemei said...

aym kampung lg sdap...........huhuhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.