BEN ASHAARI

Sunday, May 15, 2011

SINGGANG TUMIS ASAM JAWA

P1280263
Salam petang semua, kali ni nak kongsi satu resipi mudah dan kalau anda kurang sihat, demam ke, yang ni amat sesuai. Untuk yang sehat sejahtera lagi lah sesuai teramat sangat. Biasanya mat masak singgang tumis asam jawa ini menggunakan ikan kerisi, sebab ikan tersebut paling sesuai. Guna ikan lain pun boleh, tapi mat syorkan ikan yang banyak daging. Ikan kerisi ni mat goreng dulu tapi bukan sampai garing, tapi hanya embal2 saja. Kalau guna kepingan ikan, macam ikan merah, jenahak atau kachi, tak payah lah goreng, boleh guna terus.. Ok jom semak resipi mudah ini...jangan lupa singgah di blog baru mat "Bicara Dari Dapur" di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kerisi, buang sisi, siang, cuci bersih dan toskan
1 batang leek, kerat kecil dan rendam
1/2 cawan jus asam jawa
1 kiub pati ikan bilis "maggi" (optional)
Air secukupnya
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan secubit gula
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
2 biji cili merah, belah 2 setiap satu
3 tangkai daun sup, hiris halus
1 biji tomato belah 6

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng, tapi jangan garing, cuma embal2 sahaja. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan serbuk kunyit hingga harum. Tuang air secukupnya. Masukkan leek dan juga kiub ikan bilis, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, dan juga jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Bila mendidih, masukkan hirisan daun sup (tinggalkan sedikit untuk hiasan), dan juga tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur baki daun sup tadi..

8 comments:

faz said...

mantapnye , sedap gile

Rozuan Ismail said...

pergh.sedapna ikan kerisi masak singgang versi mat gebu =)

yatie Awang said...

esok boleh cubalah...untuk makan tengahari

azila said...

huhuh..xleh makan lagi yg ni punya resepi..huhuh

CT Delima said...

Assalamulaikum Mat

memang betul Mat, lauk2 sebegini time tak sihat dan yang sihat pun boleh makan..sedapnyaaaa lauk singgang *droll*

Mas said...

lauk yang membangkitkan selera...
sedappnya...

ShashaCatering said...

Satu lagi lauk yang special bagi saya dari Cik Mat.
Saya suka lauk yang camni, tapikan, rasanya belum pernah makan lagi la yang ni... ;)

ZalinZalina said...

Hai cik mat...kak ina selalu tak goreng pun ikan tu...jadi resepi diet...Jemput datang blog kak Ina ye...ada youtube roti jala magik..he he..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.