BEN ASHAARI

Monday, May 16, 2011

NASI GORENG KAMPUNG III

P1280271
Assalammualaikum, jommm sarapan nasi goreng kampung....Alaaaaa nasi goreng lagi, huhu, nak buat macam mana, kena jimat2 sekarang ni, tak boleh nak membazir. Nasi semalam berbaki dalam 3 cawan, jadi mat pun menjalankan operasi menggoreng seringkas yang boleh. Mula2 malas nak masukkan dalam blog, sebab ulang tayang kan, tapi sapa ada kesah, dah blog nkoo punya jadi ikut suka luu lah kann..

P1280275
Resipi ni ringkas dan mat rasa sesuai untuk orang2 bujang, yang berkeluarga pun sesuai juga, cuma kalau anak2 yang tak tahan pedas kenalah kita kurangkan cili. Resipi dia mudah, style zaman dulu2, cuma guna bahan asas saja, cuma kali ni garam mat ganti dengan sos ikan. Bonda mat suka style nasi goreng macam ni...Ok..mat tulis resipi dia yea, walaupun senang tetap nak tulis juga.....Oppss sebelum tu, jangan lupa Vote DTS-MAT GEBU di sini....Terima kasihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 cawan nasi sejuk, leraikan
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
20 biji cili padi hijau kampung*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk hancur)
1 biji bawang besar hiris
1/2 batang lobak merah, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Cili padi untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, tambah bawang besar dan tumis hingga layu. Masukkan lobak merah, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur dan biar sedikit mengeras, kacau hancur dan gaul bersama bahan2 lain.
  2. Masukkan nasi dan gaul rata. Besarkan api dan gaul pantas. Renjiskan sos ikan hingga terasa. Matikan api, tabur hirisan daun sup dan hias dengan cili padi sebelum hidangkan..Selamat mencuba..

15 comments:

Sunah Mohammad said...

eiiiiiiiiii~~ kenapa sama ni??? saya makan nasi goreng gak tadi..hahahhaha~ :p

pinky said...

waaaaaaaaaaaa...... kalau dapat makan tak taulah....tengokpun dah tau sedap...cik mat nanti buka kedai makanlah...boleh singgah...ni kalau nk singgah kat umah mahunya kena halau nga batang mop....kihkihkih...

Isteri Encek Bard said...

sunah akak pun sama.. tapi nasik goreng kerabu

yatie Awang said...

ini yang kakak suka ni....eemmmm.....

kakcik said...

Tengok cili api tergolek2 yang tak tahan tu...

Mas said...

che mat...best nya sambil makan gigit cili padi tu...
perrhhhhh....

fazilzura said...

MANTOPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh sedapnyer....kena lak ngan cili padi tu .kat doha susah nak dpt cili padi tu ..

Ari Isfuzzy said...

best nye,sedap lagi wlpn cume tgk jer.. hehehe.. syok nyer tgk blog cik mat nih.sesuai utk sy yg suke mencube bermcm2 resepi.thanx cik mat....

Kakzakie said...

Takutnya cili padi yg fresh tu. Kalau kakak makan memang kena letak tepi pinggan. Berasap telinga kalau makan...:)

Ainul Hayat said...

Sedapnye...lebih2 lagi bubuh ciliapi tu..memang marbles...

kakchik@ella said...

sedap ni cik mat.

ShashaCatering said...

Pandainya cik mat masak. Nasi goreng ni pasti sedap. Tapi saya tak tahan pedas, jadi kenalah kurangkan cili dia.
Betul tu Cik Mat kena buka kedai la, masakan cik mat sedap2 belaka. Boleh lah kita sumer pegi menjamu selera masakan cik mat ni.
All the best to u Cik Mat ;)

ArxarNadhirah said...

waa mat! sedap nye. student mcm arxar ni, mmg patut la masak nasi goreng camni. senang & cepat hehe. thanks mat! :)

Anum Fatimah said...

As salam cik mat, cheq suka boh kangkung ngan kacang pjg. ..lepaih tu mesti kena ada sambai belacan. ...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.