BEN ASHAARI

Thursday, May 12, 2011

MANGGO YOGURT CAKE

P1280218
Assalammualaikum, aduhh lewatnya masukkan entri..hmm bukan apa, ada hal sikit tadi. Abang mat yang dok Kemaman tu balik, jadi kami sudah borak2 sakan, sedia maklum lah, mat gebu kalau mula borak, terus non-stop action, siap ada sound effect lagi, jangan memain dengan aku. Tergerak nak buat kek ni selepas mat tengok Kak Ummi Kuantan buat kat sini.., pantang kan si mat, kalau orang buat, dia nak buat juga..huhu, apa nak buat aku memang macam tu, siap derhaka lagi dari resipi asal...

Kek ni pada mat kan, teksture dia seakan2 roti sikit, lembap dan rasa dia just nice. Kalau nak rasa lagi sedap, guna mentega cair. Kalau resipi asal guna plain yogurt, mat guna yogurt perisa mangga dan letak juga 1 camca besar base minuman sunquick perisa mangga. Main cempak2, kacau dan tuang jee..tak payah guna mixer, tapi oven perlu adalah kan. Psttt dah vote ke belum?. Kalau belum sila lah ke sini dan votee..hehe...terima kasihh, ok jom semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan ayak)
3 biji telur gred A
1 cawan gula halus (mat ganti dengan gula perang)
1/2 cawan minyak sayur (mat guna minyal canola)
1 camca besar penuh sunquick perisa mangga
1 cawan yogurt perisa mangga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser loaf tin berukuran 8.5 inci x 4.5 inci x 3 ini dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan
  2. Satukan telur, gula, minyak sayur, perisa sunquick dan yogurt dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua rata dan sebati. Masukkan bahan2 yang diayak tadi dan gaul menggunakan spatula, hingga semunya rata.
  3. Tuang dalam bekas tadi dan bakar selamat 50 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.....

3 comments:

ShashaCatering said...

Ya, saya dah singgah tengok kek yoghurt Ummi Kuantan. Nampak sedap. Cik Mat punya ni special sikitlah ada perasa mangga lagi.
Tak pernah rasa ni. Mesti nak cuba nanti. Thanks for the idea... ;)

Hanim said...

salam che mat, kalau gune fresh manggo camne plak? kene letak yogurt gak ek?

Sunah Mohammad said...

akhirnyaaaaaaaaaaaa!!!! boleh jugak saya tengok kek ni...hhuhuhuhu..dari semalam nak tengok... T_T

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.