BEN ASHAARI

Friday, May 20, 2011

LEMAK CILI PADI KLASIK..

P1280372
Salam Jumaat, mat letak satu entri masakkan yang biasa kita orang melayu nikmati, terutama mereka2 yang di Negeri Sembilan, tapi kalau mereka tengok mat masak, huhu tak kono gayo eyy, santan tak pokek, tak pelah aku ni dah gebu, nak ikutkan yang kat atas ni pun kena omit. Kenapa mat kata klasik?, sebab mat cuma guna bahan sikit je, cili padi hijau + cili padi merah + kunyit hidup sebagai bahan rempah dia. Dan belimbing sebagai bahan asam. Ikan tu nak sedap bakar dulu, tapi mat kesuntukan masa, aku masak je macam tu...Hmm sedap, not bad, kalau salai of coz lah lagi sedappp... Ok jom semak resipi...sambil2 tu vote DTS juga yea di sini....Muahh, i lep u lahh!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gran ikan pari, perap dengan jus limau kasturi dan garam, kemudian cuci dan toskan
10 - 15 biji belimbing buluh, cuci dan kerat tapi tak putus setiap sebiji
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
700 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam secukup rasa
Secubit gula
25 biji cili padi hijau kampung*
10 biji cili padi merah kampung*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, serai titik, santan cair dan sedikit garam. Kacau rata dan didihkan. Masukkan ikan pari, kacau dan biar mendidih dan ikan 3/4 masak.
  2. Tambah santan pekat, biar mendidih perlahan, kacau selalu. Masukkan asam belimbing, dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...

11 comments:

kakcik said...

Meleleh ayo liyo tengok belimbing tu. :)

kakchik@ella said...

fullamak .. tergoda!!

chikadakbiru said...

amboi cik mat..berderau darah nengok masak lemak tuh...kecut lidah nihh...bile nengok ade belimbing ..sedappp nih...ni kalu ade cencalok @ sambal belacan ..kena plak dgn ikan masin gelama...mak aih...speachless...hihih

Sunah Mohammad said...

lemak cili padi yang ni tak bagi abg ady meleleh ke? hahaha~

Ena said...

adeihhhhh..

dah lama tak pekena masak lomak cili padi gini.. nak nak ada belimbing dalam tu.. kecur terus rasa lam mulut ni.. hehe

MIMIE AIZA said...

mat gebu nak mintak tolong. buleh tak buatkan satu resepi udang yang ringkas. famili saya suke makan udang. tapi selalu sambal tumis, gulai. nak jugak yg lain. tadi sy search dlm blog mat gebu x byk resepi udang. kalau tak keberatan mat gebu tolong buatkan yea.. heee.. terima kasih :)

Mas said...

tengok gambar sambil lap air liur meleleh......
my peberettt tu....

Along Ayu said...

huh sedapnye....singgah2 la blog saya juga!

azila said...

yg pasti...belimbing buluh tak penah tinggal. Tapi tu penyedap kan en.mat:)

anymz said...

kiro okaylah dah tu mat..pokat2 pun nanti buek tambah kolestrol yo buek apo kan?..kan?..

Kalamhati said...

perrggghh!!..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.