P1280372
Salam Jumaat, mat letak satu entri masakkan yang biasa kita orang melayu nikmati, terutama mereka2 yang di Negeri Sembilan, tapi kalau mereka tengok mat masak, huhu tak kono gayo eyy, santan tak pokek, tak pelah aku ni dah gebu, nak ikutkan yang kat atas ni pun kena omit. Kenapa mat kata klasik?, sebab mat cuma guna bahan sikit je, cili padi hijau + cili padi merah + kunyit hidup sebagai bahan rempah dia. Dan belimbing sebagai bahan asam. Ikan tu nak sedap bakar dulu, tapi mat kesuntukan masa, aku masak je macam tu...Hmm sedap, not bad, kalau salai of coz lah lagi sedappp... Ok jom semak resipi...sambil2 tu vote DTS juga yea di sini....Muahh, i lep u lahh!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gran ikan pari, perap dengan jus limau kasturi dan garam, kemudian cuci dan toskan
10 - 15 biji belimbing buluh, cuci dan kerat tapi tak putus setiap sebiji
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
700 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam secukup rasa
Secubit gula
25 biji cili padi hijau kampung*
10 biji cili padi merah kampung*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, serai titik, santan cair dan sedikit garam. Kacau rata dan didihkan. Masukkan ikan pari, kacau dan biar mendidih dan ikan 3/4 masak.
  2. Tambah santan pekat, biar mendidih perlahan, kacau selalu. Masukkan asam belimbing, dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...