BEN ASHAARI

Monday, May 9, 2011

AGAR-AGAR LUMUT....

P1280142
Salam semua, panas betul cuaca, rasa macam nak penggsann. Petang tadi masa kemas2 peti sejuk, nampak ada baki pati santan dalam kotak tak banyak dalam 100 ml macam tu, jadi mat pun saja lah buat agar2 lumut atau agar gula santan. Buat dia kan mudah, tapi kalau silap, ia tak jadi macam 2 lapisan. Macam mat pernah buat agar2 seri kaya kat sini.. Hari ni mat buat kira jadi lah walaupun lapisan jernih dia tak tebal sangat, tapi tetap comey kan. Mat guna telur dan mat letak esen vanilla. Sekarang ni kan mat guna "butter vanilla", rasa dia lebih sedap dan memang boleh cover rasa ke telur an dalam kek atau pudding, buat buat 1/2 dari resipi kat bawah ni. Ady budika pun ada buat agar2 juga, not bad, klik sini kalau anda nak lihat...Ok semua dah settle kan, jadi boleh lah Vote DTS pulak....kannnnn...kat sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
45 g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit
100 g gula Melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 pewarna coklat (jika suka)
500 ml pati santan*
1 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan whisk)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
  2. Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....

9 comments:

Sunah Mohammad said...

canteknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! T_T

~...AmALinA....~ said...

comellllllllllllll

mas saari said...

sungguh menawan kalbu!!!
nak sikittttttttttt...

AdyBudika said...

mat dah tak dara!!!!

Budak Botak said...

nyum, sedap2. selalu mak wat kaler koko cmni @ hijau...

Entry terbaru -> Wajah2 Facebook Dari 2004 Hingga 2011... (",)

nba-Nur said...

Teringat bonda tercinta kat kg.. dia suka sangat agar2 ni.

Sis-Lin said...

belum ada lagi owang bt agar2 ni perisa YAM (keladi) ye la ala2 color pepel kan...ermmmmm
kena godeh respi baru nie...hahahahahha

aDisH.sHidA said...

sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..dah lama x buat sokmo wat bulan posa je

Mama Hanim II said...

cute sgt tu.. makan pn sedap kan..

Pelakon Aimi Jarr Meninggal Dunia

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.